Siakap Keli
asrama tahfiz terbakar
Kredit: JBPM Selangor via Awani

Asrama Tahfiz Terbakar, 20 Pelajar Selamat

Asrama Tahfiz Terbakar, 20 Pelajar Selamat

SHAH ALAM, 31 Julai (Bergambar) — Sebuah asrama sekolah tahfiz yang menempatkan 20 pelajar lelaki di Kampung Medan, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun kesemua pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut yang menyebabkan bangunan asrama itu musnah 70 peratus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada 12.03 tengah malam tadi.

Beliau berkata seramai 18 anggota termasuk pegawai telah digerakkan ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 12.54 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 20×70 kaki persegi, jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan tidak melibatkan mangsa.

“Semasa kejadian, terdapat 20 penghuni yang telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Bangunan asrama tahfiz di Seremban terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Sebelum ini, satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah bangunan asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral, Seremban.

Menurut Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Kamal Mohd. Timar, pihak bomba yang menerima info mengenai kejadian pada jam 8.22 malam telah bergegas ke lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

BACA: Jadikan Rumah Sebagai Pusat Tahfiz, Ini Kisah Sheikh Nordin, Pemilik Rumah Mewah Di Pinggir Sungai

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana