Siakap Keli
ubai shila amzah majlis pernikahan
Gambar: Instagram @ubaimz

“Enam Hari Je Lagi,” Tunaikan Pesan Arwah Ibu, Majlis Pernikahan Ubai & Shila Amzah Diteruskan

“Enam Hari Je Lagi,” Tunaikan Pesan Arwah Ibu, Majlis Pernikahan Ubai & Shila Amzah Diteruskan

Meskipun diri masih diselubungi perasaan sedih, penyanyi, Shila Amzah mengumumkan bakal meneruskan majlis perkahwinannya dengan Ubai Mz tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan selebriti berusia 32 tahun itu dalam satu luahan video di TikTok.

Jelasnya, ia merupakan permintaan Allahyarhamah ibu Ubai sebelum ditidurkan sebelum ini.

“Semua orang nak bernikah, buat video, ‘counting days’ dari bulan ke minggu, ke hari. Tapi Sha dan Ubai, ulang-alik ke hospital hampir setiap hari… Demi mak,” maklumnya dalam klip tersebut.

Tambah Shila, dia menjelaskan tidak mempunyai banyak kenangan bersama bakal mentuanya itu.

“Kita tak banyak gambar together mak. Tapi Sha sangat bersyukur walau belum  menjadi menantu pun mak dah layan Sha macam anak sendiri, keluh, resah Sha semua mak pujuk.

“Dari adik meninggal 2 bulan lepas, mak tetap jadi yang paling kuat, kami tak mampu jadi sekuat mak.

“Untuk semua yang mak pernah lalui, mak cakap ‘kita yang hidup ni harus teruskan kehidupan, hargai siapa yang masih ada di depan kita’.

“Dalam masih kehilangan anak pun masih tetap nak bagi semangat kat orang lain,” tulisnya lagi.

Penyanyi itu turut menyifatkan Allahyarhamah merupakan individu yang paling gembira mengenai majlis mereka.

Lebih-lebih lagi, ibu kepada pempengaruh dan pencipta kandungan itu turut memberikan jemputan kad perkahwinan kepada semua kakitangan di hospital.

“Mak orang yang paling excited when it comes to wedding, banyak kali mak cakap ‘kalau mak sihat Sha, korang tak payah penat.. hantaran ke apa semua memang tangan mak yang buat’.

“Mak bagi kad kahwin kat semua orang kat hospital, satu hospital tau bila tarikh nikah kami.

“Tapi dah ditakdirkan mak sakit, bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mentua yang baik.. percayalah.. Sha bersyukur sangat dapat juga merasa walaupun seketika” jelasnya lagi.

BACA JUGA: “Berehatlah Mak…,” Ibu Ubai Meninggal Dunia

Walau bagaimanapun, penyanyi itu memaklumkan tidak dapat menahan sebak sejurus bakal mentuanya mengarahkan untuk meneruskan majlis perkahwinan seperti biasa

“Pesan kat semua ‘apa-apa jadi teruskan majlis.. jangan tangguh’ mak 6 hari je lagi mak. Macam mana Sha nak kuat.

“Masa ni pun Sha dan Ubai dah tak kuat, hari-hari pergi hospital nangis dalam kereta, naik atas ketawa dengan mak, masuk kereta nangis lagi.

Itulah rutin kami sebulan ni mak. Sha sayang dan akan rindu mak sangat-sangat. Al-Fatihah,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, maklum Shila, ibu Ubai meminta mereka untuk pergi menghadiri hari kecemerlangan adiknya (Ubai) kerana dialah yang pergi setiap tahun sewaktu masih sihat.

“Lalu Sha dan Ubai pun pergi lah support adik. Tapi memang betul, medal dan anugerah sekolah semua anak-anak mak yang simpan rapi. She’s that mom.

Every time sebelum balik je dari hospital, mak akan pesan ‘jaga anak mak ya Sha.. jaga Alieya, jadi kakak dia’.

“Mak, in sha Allah mak, Sha akan cuba yang terbaik,” katanya lagi.

Semalam, ibu kepada pempengaruh dan penerbit kandungan, Ubai, Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang.

Difahamkan, Rohani menghidap kanser ovari tahap tiga.

Sebelum ini, Allahyarhamah telah ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu, lapor Astro Gempak.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dan  Nurshahila Amir Amzah, 32, mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Sumber: TikTok Shila Amzah

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?