Siakap Keli
lazada pakaian barbie
Gambar: Bernama

Lazada Beri Tawaran Hebat Untuk Pakaian Barbie Menerusi Jualan LazLOOK Crazy Fashion

Lazada Beri Tawaran Hebat Untuk Pakaian Barbie Menerusi Jualan LazLOOK Crazy Fashion

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Platform e-dagang terkemuka, Lazada Malaysia memberikan tawaran menakjubkan dalam Jualan  LazLOOK Crazy Fashion mengetengahkan  pakaian yang memberikan inspirasi #BarbieCore, semuanya di bawah RM49!

Lazada dalam satu kenyataan hari ini berkata Jualan  LazLOOK Crazy Fashion  akan bermula dari 2 hingga 4 Ogos ini dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus ke atas gaya-gaya terpilih dan pulangan wang sebanyak 25 peratus dengan penghantaran pantas dan percuma.

“Bercakap, mengenai rupa, ada satu trend yang sohor kini dalam kalangan Generasi Z,  iaitu  “#BarbieCore! You can’t go wrong with pink”.

Jika anda mahu menambah warna merah jambu dalam kehidupan, usah melihat jauh daripada Jualan  LazLOOK Crazy Fashion dengan pembeli-pembeli akan terpukau  dan mendapat inspirasi daripada item  #StyledByLazLook dan fesyen yang memberikan nilai untuk wang anda,” katanya.

Lazada berkata ada item yang boleh diperoleh semasa Jualan LazLOOK Crazy Fashion bagi menyerlahkan  jiwa Barbie mereka tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak, iaitu lima gaya yang mesti dimiliki “The Preppy Barbie”, “The Sporty Barbie”, Barbie Sederhana, Barbie Minimal dan Barbie Korporat.

BACA JUGA: Chatime Antara Francais Terkemuka Mula Tawar Menu Rahmah Serendah RM5

“Dengan gaya “The Preppy Barbie” pelanggan boleh memilih untuk skirt mini atau “dress” merah jambu  dipadankan dengan ikat kepala, barangan kemas minimal, kaca mata hitam “cat-eye” dan kasut tumit tinggi hujung kaki tutup!

Sebagai Barbie tidak bermakna anda selalu perlu memakai kasut tumit tinggi lima inci, cuba “Sporty Barbie” cari satu perubahan dan berpeluh secara bergaya dalam pakaian merah jambu terbaik anda dengan kemeja peluh terlalu besar dan seluar pendek penunggang basikal merah jambu terang akan sentiasa tidak jemu dipandang untuk barbie yang sibuk dan aktif !.

“Barbie sederhana ialah pakaian terlalu besar, padankan seluar yang berwarna paling merah jambu dengan baju berwarna merah jambu lembut dan aksesori rambut emas untuk kelihatan sederhana dari siang ke malam dengan mudah tanpa kehilangan persona jiwa Barbie anda.

Barbie Minimal ialah untuk mereka ingin tahu mengenai Barbie, mengapa tidak mulakan dengan seluar merah jambu terang dengan baju  berwarna neutral dan bag tangan comel untuk memberikan sedikit percikan Barbie dalam hidup anda!,” katanya.

Bagi Barbie Korporat pula, sehelai jaket terlalu besar dipadankan dengan baju pink, bag tangan minimal dan sepatu tumit tinggi cerah sepadan yang akan membuatkan rakan sekerja anda sedar anda sememangnya serius!, katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.