Siakap Keli
berenang pandang mana
Kredit: Swiss Academy/Facebook 

Kalau Berenang Nak Kena Pandang Mana?

Kalau Berenang Nak Kena Pandang Mana?

Sekiranya anda menyukai aktiviti atau sukan yang melibatkan air, semestinya akan menyukai berenang yang dipercayai tidak memerlukan kos tinggi untuk mempelajarinya.

Berenang memberikan banyak manfaat buat mereka yang gemar melakukannya seperti dapat membantu merehatkan minda dan mengurangkan tekanan serta merupakan senaman dinamik, selain aktiviti mengaktifkan kaki.

Bagaimanapun, buat mereka yang baru belajar berenang pasti keliru memikirkan  arah mana yang perlu dipandang, susulan kepala akan bergerak dari kiri ke kanan dan perkara itu berulang sehingga selesai.

Pun begitu, penerangan tersebut telah dijelaskan oleh Swiss Academy di Facebook, di mana ia menjelaskan mengenai perkara yang perlu dilakukan ketika berenang dan sebabnya.

Perkara itu dijelaskan selepas salah seorang pengikutnya bertanya ketika sesi soal jawab.

Hanya perlu pandang bawah, bukan hadapan

Lelaki tersebut menggunakan model rangka yang kecil semasa penerangan supaya orang ramai dapat menerima maklumat dengan jelas sambil membayangkan keadaan sebenar.

Rangka kecil itu digunakan sebagai contoh di mana lelaki tersebut menunjukkan bahagian badan yang memainkan peranan penting semasa berenang.

“Jadi masa berenang kena pandang ke bawah ke cikgu?” tanya pengikut itu.

“Sangat betul. Katakan ini kepala kita dan bahagian sini ialah tulang belakang (di bawah leher).

“Untuk bukan perenang yang berpengalaman benda ini (tulang belakang) sangat-sangat mengambil kira kamu punya pandangan,” jelasnya.

Kredit: Swiss Academy/Facebook

Jelasnya, sekiranya perenang memilih untuk melihat ke hadapan semasa berenang, apa yang berlaku ialah kaki akan secara automatik ke bawah.

Oleh hal yang demikian, perenang tidak perlu memandang ke hadapan semasa berenang dan hanya memandang ke bawah.

“Kalau kamu pandang ke depan, dia akan tolak kaki itu ke bawah. Disebabkan itu kamu tak perlu tengok depan pun semasa berenang.

“Lebih-lebih lagi kita berenang dekat kolam renang,” katanya.

Kemungkinan ramai yang akan tanya, sekiranya pandang ke bawah bagaimana nak tahu sama ada cara berenang itu adalah tegak atau tak?

Mengulas lanjut lelaki itu berkata di dalam kolam renang, ia mempunyai garisan T panjang, yang akan membimbing perenang.

“Kamu hanya perlu tengok garisan T (yang berada di dasar kolam).

“Kalau tidak sampai lagi T di bahagian hujung, maksudnya kamu tidak sampai lagi penghujung,” tambahnya.

Kredit: Swiss Academy/Facebook

Sekiranya perenang merasakan badan tidak bergerak semasa berenang, mereka perlu melakukan semakan semula terhadap cara yang digunakan.

“Andai rasa macam tak bergerak, cuba semak balik mana yang perlu dibetulkan, tangan kita ke, mungkin kaki ke,” jelasnya.

Sumber: Swiss Academy/Facebook

BACA: Selalu Rasa Nak Kencing Masa Berenang? Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.