“Kali Ni Dia Tunjuk,” Abang Polis Rakam Lembaga Dipercayai Pontianak Buat Bunyi Menyeramkan
Bagi mereka yang bekerja syif untuk mencari rezeki, pasti tidak dapat lari daripada waktu bekerja sehingga lewat malam atau awal pagi.
Terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam sektor perindustrian atau perkilangan yang memerlukan mereka untuk mempunyai pertukaran syif.
Selain itu, anggota badan beruniform juga tidak lari daripada bekerja mengikut syif yang ditetapkan oleh pihak atasan mereka.
Bagi anggota polis yang bekerja syif malam pasti terdapat beberapa peristiwa yang mungkin boleh menjadikan ia sangat menyeramkan.
Seperti yang terjadi kepada seorang anggota polis ini. Menurutnya, dia telah diganggu oleh satu lembaga yang mengeluarkan bunyi menyeramkan.
Anggota polis yang bernama Ikhmal itu sempat berkongsi pengalamannya itu menerusi hantaran video muat naik di akaun TikTok miliknya yang bernama @ikhmal24434.
Menurut Ikhmal, sepanjang lapan tahun dia bekerja, kena kacau dengan perkara-perkara mistik ini adalah benda biasa yang sering dialaminya.
“Lapan tahun kerja selalu kena kacau, kerja macam ni biasa semua akan rasa. Cuma hari ni tergerak hati nak rakam.
“Selalu ronda bunyi je, kali ni dia tunjuk. Kalau cerita orang tak percaya, ni sebagai bukti,” tulis Ikhmal dalam perkongsian video tersebut.
Lembaga berwarna putih berambut panjang
Berdasarkan rakaman video tersebut, jelas kelihatan satu sosok lembaga berwarna putih berambut panjang yang berdiri tegak di suatu kawasan yang gelap.
Lembaga itu juga dikatakan mengeluarkan bunyi yang agak menyeramkan dan ia seakan bunyi burung hantu yang sering didengar pada waktu malam.
Ikhmal selaku anggota polis yang sudah berkhidmat lama turut sempat berpesan kepada anggota polis yang lainnya agar kuatkan semangat jika berdepan dengan situasi seperti itu.
“Kuatkan semangat sahabat seangkatan, nawaitu kita cari rezeki, dia pun mahluk Allah jugak. Untuk adik adik Baru benda ni normal,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video berkenaan.
Sehingga saat ini, video perkongsian tersebut telah ditonton oleh pengguna platform berkenaan melebihi satu juta tontonan.
Mereka yang menonton video tersebut turut sempat meninggalkan komen mereka berkenaan penemuan lembaga tersebut.
BACA: Kehilangan Jutawan Kripto Terjawab, Ditemui Mati & Mayat Dikerat
Antara komen yang diberikan adalah:
“Selama ni ingat tu bunyi binatang, patut kadang meremang semacam,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui berkenaan bunyi tersebut.
“Aku pernah nampak dan dengar bunyi sebiji macam ni,” tulis seorang netizen yang berkongsi pengalamannya sewaktu bertemu dengan lembaga tersebut.
“Alhamdulillah dah lebih 10 tahun kerja tak pernah jumpa. Yang ada cuma bau dan bunyi je,” tulis seorang lagi netizen yang berkongsi pengalaman bekerjanya.
@ikhmal24434 Kuatkan semangat sahabat seangkatan, nawaitu kita cari rezeki, dia pun mahluk allah jugak. Untuk adik adik Baru benda ni normal .
Sumber: TikTok/@ikhmal24434