Siakap Keli
lelaki nyaris maut dibaham buaya
Kredit ColoradoGatorFarm/Facebook

Terjatuh Ketika Buat Persembahan, Lelaki Nyaris Maut Dibaham Buaya

Terjatuh Ketika Buat Persembahan, Lelaki Nyaris Maut Dibaham Buaya

Seorang penjaga taman nyaris dimakan hidup-hidup oleh seekor aligator dalam aksi pertunjukan memberi makan kepada aligator gergasi tersebut di Colorado Gator Farm, Amerika Syarikat, lapor Daily Star.

Ketika kejadian, penjaga taman yang dikenali sebagai Chad sedang memberi makan kepada seekor aligator gergasi bernama Elvis semasa pertunjukan memberi makan.

Namun bencana berlaku selepas binatang ganas itu menerpa di hadapannya dan membuatkan pengunjung taman yang hadir mula ketakutan.

Menerusi video perkongsian daripada penonton, seorang pemandu pelancong kedengaran bercakap ketika Chad melakukan aksi memberi makan Elvis seekor ayam belanda.

“Jika melemparkan ayam belanda itu ke dalam sana, akan ada tujuh atau lapan daripada aligator akan mengoyakkannya. Mereka akan berguling ke arah berlawanan untuk mengoyakkannya,” kata pemandu pelancong tersebut seperti yang dirakam dalam video berkenaan.

Chad kemudiannya bertanya kepada pengunjung sama ada mereka mahu melihat dia melemparkan ayam belanda itu di depan muka aligator tersebut.

Kredit ColoradoGatorFarm/Facebook

Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan Elvis dan akhirnya menerpa ke arah Chad. Chad dapat dilihat terjatuh ke tambak berhampiran kolam tempat buaya itu berada.

Elvis dikatakan sepanjang 12 kaki dan seberat 600 paun

Chad yang panik dan tidak dapat berdiri berguling ke belakang dengan pantas untuk berundur dari mulut aligator sepanjang 12 kaki tersebut.

Kejadian itu telah menyebabkan ramai pengunjung terkejut dan seorang pemandu pelancong kedengaran cuba menenangkan Elvis.

Kredit ColoradoGatorFarm/Facebook

“Saya memberitahu anda semua bahawa ini mungkin boleh jadi penampilan terakhir. Ia sangat hampir untuk kita kehilangan Chad atau satu daripada kakinya,” kata pemandu pelancong bergurau untuk mengurangkan ketakutan pengunjung.

BACA: Kehilangan Jutawan Kripto Terjawab, Ditemui Mati & Mayat Dikerat

Taman buaya itu kemudiannya menyiarkan rakaman kejadian ngeri itu di halaman Facebook miliknya.

“Apabila ayam belanda itu tidak masuk ke mulutnya, Elvis tertarik kepada pergerakan yang dilihatnya.

“Itulah sebabnya setiap kali bekerja dengan reptilia besar adalah baik untuk mempunyai bantuan dengan anda. Terima kasih kepada Chad kerana memberikan penonton sesuatu yang menyeronokkan untuk ditonton,” kata wakil jurucakap taman tersebut.

Selain itu, jurucakap itu juga turut memberitahu bahawa Chad tidak mengalami kecederaan ketika kejadian ngeri tersebut berlaku.

https://www.facebook.com/ColoradoGatorFarm/videos/3138215913138623/

Sumber: Daily Star

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.