Siakap Keli
alan walker walkerverse kl
Kredit: Star Planet

Konsert Alan Walker, “Walkerverse” Gegar KL September Ini

Konsert Alan Walker, “Walkerverse” Gegar KL September Ini

Pemuzik terkenal antarabangsa, Alan Walker baru-baru ini mengumumkan bakal bertemu peminatnya di Kuala Lumpur menerusi siri konsert jelajahnya Walkerverse, Sepetember ini.

Kehadiran artis ini merupakan berita baik buat para peminat genre Electronic Dance Music (EDM), khususnya peminat setia Alan Walker itu sendiri.

Menurut Business Today, konsert di KL pada 17 September ini merupakan destinasi terakhir jelajah konsert Walkerverse pada 2023.

Sebagai destinasi penutup, Alan Walker sendiri menjanjikan akan memberikan terbaik dan membawa pengalaman konsert yang tidak mungkin dapat dilupakan para peminatnya.

Sebelum ini, konsert jelajah Walkerverse telah diadakan di beberapa kota utama di Eropah, Amerika Utara dan beberapa negara di Asia.

Selain menyajikan persembahan yang mampu memukau deria auditori, pertunjukan Alan Walker turut memberikan kesan visual yang mengagumkan kepada para pengunjung.

Kesan visual yang menarik dapat memberikan pengalaman yang lebih berharga dan interaktif kepada pengunjung untuk mendalami muziknya dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, konsert yang akan berlangsung pada belah malam bermula jam 8 malam itu dijangka akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Berdasarkan poster tempat duduk, harga tiket bagi konsert jelajah ‘Walkerverse’ di Kuala Lumpur dalam lingkungan RM 258 hingga RM 788.

alan walker walkerverse kl
Kredit: Star Planet

Menurut Hype, tiket konsert jelajah Alan Walker ini akan mula dijual pada 9 Ogos, bermula pada pukul 2.00 tengah hari.

BACA: Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan?

Artis EDM ini pernah menjadi fenomena dalam dunia muzik pada lewat 2015 menerusi lagu debutnya, Faded pada Disember 2015.

Lagu tersebut telah dimainkan sebanyak 1.4 bilion kali di laman Spotify dan meraih 3.1 bilion jumlah tontonan di Youtube.

Selain itu, lagu Faded turut melayakkan artis berkenaan dicalonkan dalam anugerah BRIT bagi kategori Lagu Terbaik Sepanjang Tahun.

Bukan itu sahaja, Alan telah membuat persembahan di lebih daripada 650 buah pertunjukan dan festival besar setakat ini.

BACA: Ini Cara Nak Buat Lesen Bas & e-Hailing Secara Percuma, Rujuk 6 Syarat Ni Dulu

Sumber: Star Planet, Hype & Business Today

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.