Siakap Keli
Norza Letak Jawatan Presiden BAM
Gambar: Bernama

Norza Buat Kejutan, Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun

Norza Buat Kejutan, Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk meletak jawatan kerusi nombor satu badan induk tersebut pada hujung tahun ini.

Pengumuman tersebut menyaksikan Mohamad Norza akan melepaskan jawatan lebih awal selepas beliau pada 15 Julai lalu mengumumkan akan meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Mohamad Norza berkata beliau ketika ini sudah mempunyai beberapa calon berpotensi yang mampu menggalas tugas mengganti tempatnya menerajui BAM.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan calon yang dikenal pastinya untuk meneruskan legasi tampuk kepimpinan BAM.

“Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak, individu berkenan mesti lebih baik daripada saya, memahami sukan dengan baik, cukup bersemangat untuk memegang jawatan presiden tanpa ganjaran.

BACA JUGA: Misbun Sedia Akur Dengan Keputusan BAM

“Calon berkenaan must berusaha gigih ke arah memenuhi harapan rakyat dan peminat badminton,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga telah menyerahkan nama calon yang berpotensi untuk mengambil alih jawatannya kepada ahli majlis BAM.

Mohamad Norza pada sama masa menjelaskan keputusannya tiada kaitan dengan kemelut yang melanda antara BAM dengan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek yang ditamatkan kontrak lebih awal susulan kegagalan di Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, bulan lepas.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.