Siakap Keli
Papan tanda X diturunkan
Kredit BBC

Terima Lebih 20 Aduan, Papan Tanda X Di Ibu Pejabat Twitter Diturunkan

Terima Lebih 20 Aduan, Papan Tanda X Di Ibu Pejabat Twitter Diturunkan

Papan tanda berkelip X yang dipasang atas bumbung bangunan yang dahulunya dikenali sebagai Twitter dilaporkan telah dicabut, lapor The Guardian.

Perkara itu dibuat selepas jabatan bangunan mencatatkan sebanyak 24 aduan selepas kurang seminggu pemasangan papan tanda tersebut.

Papan tanda yang dipasang atas bumbung ibu pejabat pusat bandar San Francisco di Market Street itu telah menyebabkan gangguan kepada masyarakat setempat.

“Pagi ini, pemeriksa bangunan mengawasi penurunan struktur itu,” kata jurucakap jabatan pemeriksaan bangunan bandar melalui e-mel pada Isnin lalu.

“Pemilik hartanah didenda untuk pemasangan tanpa kebenaran struktur bercahaya terang itu,” tambah jurucakap itu lagi.

Sementara itu, syarikat X berkata bahawa penyingkiran papan tanda itu adalah secara sukarela.

Pada hujung minggu lalu, penduduk tempatan sempat merakam dan menyiarkan video berkenaan papan tanda X yang bercahaya terang. Malah beberapa penduduk turut mengkritik lampu itu yang dikatakan sangat mengganggu.

Seorang peguam bernama George Wolf memberitahu pemberita bahawa penduduk berhak mendapat peluang untuk menolak perkembangan sedemikian.

“Sangat melulu untuk Musk melakukan perkara dengan cara ini. Ia seperti cara biasa beliau menjalankan perniagaannya. Pecahkan sesuatu kemudian cuba perbaikinya,”kata peguam itu.

Dalam pada itu, jabatan pegawai pemeriksaan bangunan pada hujung minggu lalu menulis dalam laporan bahawa wakil syarikat menafikan akses bumbung bangunan itu.

Dua kali wakil pegawai pemeriksaan bandar ditolak untuk memeriksa papan tanda yang berada di atas bumbung tersebut.

BACA: Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

“Bersaing Tak Mengapa, Menipu Itu Tidak,” Elon Musk Bidas Mark Zuckerberg Kerana Threads

Terdahulu, Elon Musk mendakwa Meta telah menipu dalam pembangunan aplikasi terbaru Threads yang menjadi tarikan utama pada masa ini.

Memetik Mint, Elon Musk telah memuat naik satu ciapan berkenaan dakwaan tersebut sebelum ianya menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, berita berkenaan wakil peguam Twitter yang menghantar surat ancaman kepada Mark Zuckerberg juga telah tersebar di dalam talian.

Aplikasi terbaru itu telah menyaksikan pelancaran yang sangat berjaya, selepas Mark mendedahkan bahawa lebih 10 juta pengguna telah mendaftar dalam tempoh tujuh jam pertama.

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.