Siakap Keli
SSPN masuk universiti
Gambar: BERNAMA

Sanggup Berniaga Dalam Hujan Sebab Nak Kumpul Modal Anak Masuk Universiti, “Biar Anak Tak Warisi Kesusahan Kita”

Seperti yang kita semua sedia maklum, dunia terpaksa melalui fasa yang tidak terduga bermula seawal tahun 2020.

Kesan konflik yang masih berlangsung di satu bahagian dunia ketika ini turut dirasai hingga ke satu bahagian dunia yang lain, termasuk Malaysia. Antara kesan yang paling dirasai adalah inflasi yang berpunca daripada banyak perkara, termasuklah seperti gangguan rantaian bekalan makanan dan sebagainya.

Suatu ketika dahulu, dengan gaji, misalnya di atas RM2,000 mungkin sudah memadai untuk hidup, sekurangnya dari bulan ke bulan, walaupun tidak selesa. Namun hari ini, jika anda bergaji di bawah RM3,000, banyak kekangan kewangan yang mungkin terpaksa dihadapi.

Kesukaran untuk hidup, mungkin sudah dirasai seawal pertengahan bulan dan semakin ‘keras’ sementara menunggu gaji bulan seterusnya.

Apatah lagi jika anda sudah berkeluarga, beban komitmen memang sangat memeningkan kepala.

Adakalanya, kekangan yang dihadapi menyebabkan anda membuat pilihan dan keputusan yang sangat sukar. Memilih antara dua perkara penting, mana yang paling penting dan mana yang kedua penting.

SSPN masuk universiti
BERNAMA

Ataupun sebagai ketua keluarga, ada yang terpaksa mengerah keringat dua kali ganda demi mencari duit poket lebih, supaya dapat berikan yang terbaik kepada keluarga. Sekurang-kurangnya perkara penting seperti pendidikan dan masa depan tidak diketepikan.

Kisah ayah yang mahukan yang terbaik untuk anaknya

Baru-baru ini, seorang ayah, Pak Karim (bukan nama sebenar) berkongsi luahan kepada SK berkaitan situasi ekonomi yang dihadapi dan bagaimana dia berusaha sehabis baik untuk anak-anak.

Hadir daripada keluarga yang susah, Pak Karim bertekad tidak mahu mengalah. Jika dahulu, dia tidak dapat menyambung pelajaran hingga ke menara gading kerana kesempitan hidup, Pak Karim tidak mahu perkara yang sama berulang dan menghalang kemajuan anak-anaknya.

“Orang dulu terpaksa bergolok-gadai nak sambung belajar. Kalau ada barang kemas dan tanah bolehlah sambung belajar. Kalau keluarga susah, mampu pasang impian je,” katanya.

Kerana itu, selain pekerjaan hakiki, Pak Karim nekad untuk berniaga bagi mencari sumber pendapatan sampingan.

“Hujan ke, panas ke, tak kira macam mana pun Pakcik tetap keluar berniaga. Tak boleh keluar siang, Pakcik keluar malam. Asalkan ada duit lebih masuk poket.

“Bukan untuk Pakcik pun, tapi semuanya untuk keluarga dan anak-anak. Tapi yang paling penting untuk anak-anak la. Untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.

“Yuran pengajian bukan murah-murah, tiga empat tahun mengaji di universiti boleh cecah sampai RM20,000 – RM30,000. Mana nak cekau semua itu kalau tak ada simpanan.

“Jadi apa Pakcik buat? Separuh keuntungan yang Pakcik dapat daripada berniaga Pakcik asing siap-siap sebagai simpanan untuk pendidikan anak.

“Nak jadikan cerita, satu hari ni Pakcik kena ke sekolah, Hari Bertemu Ibu Bapa. Masa tengah sembang dengan cikgu, Cikgu Sani nama dia, pasal prestasi akademik anak Pakcik, Cikgu Sani sebut pasal Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

“Cikgu Sani cakap, mak ayah wajib buka akaun Simpan SSPN seawal mungkin kalau nak tengok anak dapat sambung belajar hingga ke universiti dengan selesa.

“Panjang la cerita Cikgu Sani ni, kat mana nak buka akaun, macam mana nak menyimpan dan macam-macam lagi. Tapi yang Pakcik ingat, Cikgu Sani kata Simpan SSPN ni macam tabung la. Cuma dia simpan dalam akaun dan khas untuk pendidikan anak-anak.

Buka akaun Simpan SSPN untuk anak-anak, banyak kelebihannya

Selepas pertemuan itu, Pak Karim kemudian membuka akaun Simpan SSPN dan mula menyimpan untuk anak-anaknya.

“Yang Pakcik suka pasal Simpan SSPN ni, sebab simpanannya patuh syariah serta dijamin kerajaan. Yelah, kita nak bagi anak belajar ni, memang nak kena guna duit yang elok, dari sumber yang halal dan bersih, baru berkat,’’ kata Pak Karim.

SSPN masuk universiti

Alhamdulillah, dengan adanya Simpan SSPN, anak sulung Pak Karim sudah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti ternama tempatan.

Manakala seorang lagi anak Pak Karim sedang berada di sekolah menengah.

“Dua-dua anak Pakcik ada akaun Simpan SSPN. Masa mula-mula buka dulu, Pakcik ingat Simpan SSPN ni untuk menabung semata-mata. Rupa-rupanya sepanjang menyimpan tiap-tiap bulan, macam-macam manfaat Pakcik dan anak-anak dapat.

“Yang sulung tu, kakak, masa mula-mula nak daftar universiti, banyak juga duit nak pakai. Nak beli kelengkapan diri, nak bayar yuran, nak buat duit belanja sikit-sikit. Nak pakai semua duit simpanan dalam Simpan SSPN tu, tak cukup lah.

“Mujurlah kakak dapat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Dapat RM1,500. Alhamdulillah, Pakcik minta kakak guna duit tu dulu buat bayar yuran pendaftaran.

“Kakak layak mohon dan dapat PTPTN sebab dia ada akaun Simpan SSPN,’’ kata Pak Karim.

Seterusnya, selepas selesai si kakak menyambung pelajaran, Pak Karim konsisten menyimpan untuk anak keduanya pula.

“Cukup untuk kakak, Pakcik konsisten menyimpan bulan-bulan untuk anak kedua Pakcik, yang bongsu.

“Lepas tu, Pakcik dapat tahu lagi yang Simpan SSPN juga ada Geran Sepadan hingga RM10,000 untuk satu keluarga. Yang penting gaji bawah RM4,000, macam Pakcik lah. Pakcik tak mohon pun masa kakak masuk universiti, Pakcik mohon untuk yang bongsu tu nanti.”

“Memang lega lah. Rasa tak sia-sia menabung untuk pendidikan anak-anak. Lagi pun, tahun 2024 nanti yang bongsu, kalau ada rezeki, dah sambung mengaji di universiti.

“Kalau yang bergaji bulanan tu, rupanya mereka boleh juga dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun. Banyak tu…boleh lah anak-anak yang bekerja gaji bulanan terutama yang kena cukai tinggi-tinggi tu buat simpanan di Simpan SSPN.”

SSPN masuk universiti

“Sepanjang menyimpan, Pakcik jugak dapat merasa pulangan dividen yang kompetitif untuk anak-anak Pakcik. Tahun ini, PTPTN umum dividen Simpan SSPN Tahun 2022, 3.05 peratus. Lagi tinggi kalau nak banding dengan tahun 2021.

“Kalau Pakcik menyimpan di tempat lain atau simpan dekat rumah je, tak merasalah dividen macam tu,’’ katanya yang langsung tak menyesal membuka Simpan SSPN untuk anak-anak.

Pak Karim kata, Simpan SSPN ini pun turut peduli dengan nasib-nasib pendeposit, bukan mengutamakan anak-anak pendeposit semata-mata.

“Pakcik pun baru dapat tahu, kalau jadi apa-apa dekat pendeposit, kat Pakcik, waris Pakcik akan dapat manfaat perlindungan takaful dari simpanan Pakcik tu.

Menurut Pak Karim, menerusi manfaat perlindungan takaful oleh PTPTN ini, sekurang-kurangnya warisnya nanti mempunyai sedikit bekalan duit untuk meneruskan kehidupan sekiranya dia sudah tiada nanti.

“PTPTN juga ada Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, cabutan hadiah sehingga hampir RM500,000. Moga-moga ada rezeki pakcik.

SSPN masuk universiti

“Tapi, kalau tak menang pun Pakcik tak kisah. Pakcik tumpang gembira untuk siapa pun yang menang.

“Sebab yang menang tu semua adalah mak ayah yang sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak. Ganjaran untuk mereka yang berusaha sedaya upaya untuk masa depan anak masing-masing.’’

Bertindak awal, buka Simpan SSPN supaya masa depan pendidikan anak-anak terjamin

Jelas Pak Karim, dia membuat pilihan yang tepat apabila mula menyimpan menerusi Simpan SSPN demi masa depan anak-anaknya.

“Pakcik tiada harta dan bukan orang yang senang. Jadi, menyimpan di Simpan SSPN ini adalah cara Pakcik pastikan anak-anak ada masa depan yang cerah,’’ akhiri Pak Karim.

Setelah mendengar pendapat peribadi daripada Pak Karim, memang tidak dapat dinafikan bahawa Simpan SSPN adalah skim simpanan pendidikan terbaik yang ditawarkan di Malaysia ketika ini.

Sebagai ibu bapa yang mahukan masa depan yang terbaik untuk anak-anak, ayuh mula menyimpan dengan Simpan SSPN.

Untuk pembukaan atau penambahan akaun, muat turun aplikasi myPTPTN atau layari www.ptptn.gov.my.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.