Siakap Keli
Sanusi Diminta Jelas Lawatan Ke Lokasi Disyaki Lombong Haram REE
Kredit: Bernama

Sanusi Diminta Jelas Lawatan Ke Lokasi Disyaki Lombong Haram REE

Sanusi Diminta Jelas Lawatan Ke Lokasi Disyaki Lombong Haram REE

JITRA, 3 Ogos (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta memberikan penjelasan mengenai lawatannya ke lokasi yang dipercayai berlaku perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik pada 19 Feb lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memohon penjelasan itu berikutan pendedahan beberapa keping gambar lawatan Muhammad Sanusi ke lokasi berkenaan selain mempersoal tindakan yang diambil berhubung perkara tersebut.

“…sebenarnya dah ada lawatan itu, foto pada 19 Feb yang diambil, maksudnya seawal 19 Feb tahun ini Menteri Besar Kedah telah turun dan menyaksikan sendiri insiden kecurian ini, dia tengok sendiri kemusnahan kawasan, bagaimana cari gali secara intensif dilakukan.

“Melibatkan kawasan sedemikian luas, namun daripada tarikh itu tiada tindakan yang benar-benar serius diambil oleh beliau selepas lawatan ke tempat lokasi kejadian, bukan sekadar balik diam dan tak buat apa-apa, (tetapi) beliau telah terus menafikan bahawa beliau mempunyai maklumat tentang kejadian ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata keadaan itu menimbulkan kebimbangan serius tentang isu ketelusan dan akauntabiliti pemimpin tersebut.

Beliau juga mempersoal ketiadaan kertas siasatan dibuka berkaitan perlombongan haram dan kecurian REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, sedangkan Pengarah Tanah dan Galian Kedah juga merupakan Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri selain memegang jawatan penting sebagai Ahli Panel Penasihat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

“…beliau (Pengarah Tanah dan Galian Kedah) juga merupakan Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri iaitu pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat perkara yang berkaitan dengan Enakmen Mineral (Kedah) 2004…kesan perlombongan haram dan pencurian REE melampaui kebimbangan alam sekitar.

“Dan ia membawa risiko ekonomi yang besar. Adalah penting mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab menegakkan undang-undang mengambil tindakan tegas untuk melindungi sumber semula jadi,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata Muhammad Sanusi mengetahui segala operasi berkaitan REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, sekali gus Menteri Besar Kedah itu perlu menjawab isu tersebut secara terperinci termasuk penglibatan seorang warga China yang kini menghilangkan diri.

BACA: Ini Cara Nak Buat Lesen Bas & e-Hailing Secara Percuma, Rujuk 6 Syarat Ni Dulu

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.