Siakap Keli
dua geng motorsikal bergaduh
Gambar: Polis

Sindir-menyindir Di TikTok Dipercayai Punca Dua Geng Motorsikal Bergaduh

Sindir-menyindir Di TikTok Dipercayai Punca Dua Geng Motorsikal Bergaduh

Polis Daerah Ampang Jaya dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden rusuhan yang berlaku di Restoran Raj Maju, baru baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Bin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung insiden berkenaan pada 1 Ogos, kira-kira 10.56 malam.

Pengadu itu memaklumkan bahawa terdapat pergaduhan di hadapan restoran berkenaan yang terletak di Jalan Pandan Indah, Selangor.

Susulan itu, pihak Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ampang Jaya telah mengarahkan beberapa anggota ke lokasi untuk tindakan awal.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang telah membuat beberapa siri tangkapan terhadap lapan lelaki melayu berumur 19 hingga 33 tahun kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat.”

Dalam operasi berkenaan, pihak polis turut merampas beberapa item seperti topi keledar dan kerusi yang dipercayai telah digunakan semasa kejadian terbabit.

Mohd Azam berkata bahawa rusuhan tersebut melibatkan dua kumpulan kelab motosikal yang dikatakan mengalami perselisihan faham.

“Siasatan mendapati, punca pergaduhan adalah disebabkan perselisihan faham berkenaaan dua kumpulan kelab motosikal yang telah berjumpa untuk berbincang.

Sindir-menyindir Di TikTok Dipercayai Punca Dua Geng Motorsikal Bergaduh

“Namun telah terjadi pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan. Kejadian juga berpunca dari saling sindir menyindir di dalam aplikasi media sosial (Tik Tok).”

BACA: Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan?

Tambah Mohd Azam, dua orang dari tangkapan mempunyai rekod kesalahan lampau atas kesalahan melibatkan dadah dan kegiatan jenayah.

Kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Pada akhir kenyataannya, Mohd Azam memberikan amaran dan menasihati masyarakat agar berfikir dahulu sebelum bertindak.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan melulu hingga dalam apa-apa perbuatan sengaja menyebabkan kerosakan pada harta benda dengan menggunakan senjata,”

Sebelum ini, terdapat sebuah klip pendek yang tular memaparkan suasana huru-hara di sebuah kedai makan.

Keadaan tersebut menyaksikan beberapa orang bertindak agresif dengan menggunakan topi keledar dan kerusi untuk menyerang antara satu sama lain.

BACA: Ini Cara Nak Buat Lesen Bas & e-Hailing Secara Percuma, Rujuk 6 Syarat Ni Dulu

Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya Page via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.