Siakap Keli
2 juta malaysia bergaji kurang RM2,000
Kredit: Bernama

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Terima Gaji Kurang Daripada RM2,000

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Bergaji Kurang Daripada RM2,000 -Rafizi

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 pada 4 Ogos ini.

Untuk makluman, Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahunan merupakan inisiatif terbaharu DOSM dalam menghasilkan statistik upah yang lebih komprehensif, terperinci dan bertepatan masa.

Menurut DOSM, inisiatif menerbitkan laporan ini adalah selari dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat terhadap statistik upah dengan kekerapan yang tinggi.

Dalam laporan yang dibentangkan itu, terdapat beberapa hasil dapatan yang memberi realiti pahit berkenaan kadar gaji pekerja di Malaysia.

Antaranya, lebih 2 juta rakyat Malaysia menerima gaji kurang daripada RM2,000 sebulan.  Berdasarkan laporan tersebut, analisis taburan upah menunjukkan 34.8 peratus pekerja formal di Malaysia berpendapatan di bawah RM2,000 pada Mac 2023.

“Peratusan ini berkurangan daripada 40.2 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, berkemungkinan kesan daripada kenaikan kadar gaji minimum mulai Mei 2022.”

BACA: Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Selain itu, sebanyak 82 peratus pekerja yang berkerja dalam sektor formal memperoleh gaji kurang daripada RM5,000.

2 juta RM2,000
Kredit: DOSM

Selain itu, laporan ini telah menarik perhatian Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi bin Ramli. Beliau berkata impak pengagihan hasil tidak seimbang dan kumpulan B40 menerima gaji kurang dari RM2,000 sebulan.

Bukan itu sahaja, Rafizi menjelaskan bahawa gaji median di sembilan buah negeri adalah RM2,000 dan kurang. Walaupun upah median bulanan tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur, gaji median adalah masih kurang dari RM4,000.

median gaji negeri
Kredit: DOSM

“Kesusahan anak muda. Walau pada umur 25-29 ketika mereka mula berkeluarga, pendapatan masih di bawah RM2,000,” ujar Rafizi.

Seterusnya, Rafizi berkata perkara ini adalah antara tumpuan utama kerajaan untuk diselesaikan.

“Saya akan membentangkan kertas Dasar Gaji Progresif pada 7 Ogos 2023 di Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) untuk kita memastikan kenaikan gaji rakyat berlaku dengan sewajarnya setiap tahun.”

BACA: Pertama Kali Dengar, Kenali Persamaan & Perbezaan Sukuk Dengan Bon Konvensional

Sumber: Rafizi Ramli via Twitter, DOSM

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.