Siakap Keli
Biar Betul? Doktor Jelaskan Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri
Kredit: AFP

Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Bagi yang sudah berumah tangga, tentu hari-hari diisi dengan senda gurau bersama pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Salah satu gurauan yang biasa dibuat, khususnya oleh suami, tentunya gemar mencium ketiak isteri. Lama kelamaan, gurauan berkenaan menjadi tabiat pula.

Ya, bunyi agak kelakar dan tidak masuk akal tetapi sebenarnya, perkara ini ada kebenarannya. Jika anda tidak percaya, mungkin anda boleh bertanya sendiri pada suami anda (jika mereka sudi berkongsikan jawapanlah).

Namun, jika pasangan anda tidak mahu memberikan kerjasama, seorang doktor baru-baru ini berkongsi sebab dan alasan mengapa suami gemar mencium ketika isteri.

Ikutilah perkongsian dari Doktor Samhan (@DoktorSamhan) berkenaan persoalan mengapa suami suka bau ketiak isteri.

”Kenapa suami suka bau ketiak isteri?”, adalah persoalan yang menjadi pertanyaan banyak pihak.

Bagaimanapun menurut Doktor Samham, situasi berkenaan bukanlah berlaku dalam situasi suami kepada isteri, sebaliknya isteri juga turut menyukai bau suaminya sendiri.

Dalam bahasa mudahnya, suami atau lelaki tertarik dengan bau isteri atau wanita dan isteri atau wanita turut tertarik kepada bau suami atau lelaki.

”Dari segi saintifik, ia dikenali dengan istilah feromon (pheromone) iaitu isyarat kimia yang dihasilkan dan dirembeskan oleh tubuh badan masing-masing bagi menarik lantas memikat individu berbeza jantina.

”Turut terhasil di dalam kelenjar peluh, ‘bau’ yang mungkin menggoda jantina lawan ini akan dapat terkesan oleh organ vomeronasal di sekitar lubang nasal, sekali gus mampu memberi isyarat daya tarikan,” katanya.

Menjawab persoalan kenapa suami suka bau, lebih-lebih lagi pada ketiak isteri, ia harus dijawab dengan faktor keterbiasaan. Ia mungkin berlaku kerana si suami sudah cam, kenal dan selesa dengan bau pasangannya.

”Tidak hanya itu, pengkaji juga mendapati bahawa bau ketiak individu itu mampu menenangkan pasangan. Maka, tidak hairan jika suami itu sangat gemar bau ketiak isteri terutama di saat sedang tertekan.

Kesimpulannya, bau badan suami dan isteri mungkin akan dapat membantu untuk menggoda pasangan masing-masing, walaupun hakikatnya feromon adalah puncanya.

”Apa yang lebih penting, jangan pula kalian malas mandi ekoran menyangka pasangan suka bau busuk badan anda ya,” katanya lagi.

BACA: Ini Cara Nak Buat Lesen Bas & e-Hailing Secara Percuma, Rujuk 6 Syarat Ni Dulu

Sumber: Dr Samhan via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma