Siakap Keli
AI berjaya kesan asteroid besar
Kredit NASA

AI Dilapor Berjaya Kesan Asteroid Besar Yang Gagal Dikesan Saintis

AI Dilapor Berjaya Kesan Asteroid Besar Yang Gagal Dikesan Saintis

Algoritma Artificial Intelligence (AI) dilaporkan berjaya mengesan sebuah asteroid besar dan berbahaya yang pernah mendekati bumi, lapor Metro.

Asteroid 600 kaki yang tidak dapat dikesan itu telah ditemui menggunakan algoritma terbaru yang direka untuk mengesan asteroid dari serpihan kecil data.

Asteroid bersaiz bangunan pencakar langit dinamakan sebagai 2022GN1 dilaporkan pernah mendekati Bumi pada September 2022.

Ia dipercayai berada pada jarak kira-kira 4.5 juta batu (7.3 juta kilometer) dari planet Bumi.

Jarak itu dikatakan sudah cukup dekat untuk dianggap sebagai asteroid (PHA) yang berpotensi berbahaya.

Walau bagaimanapun, batu besar itu tidak dikesan oleh ahli astronomi di seluruh dunia pada sebelum ini, semasa atau selepas pendekatan.

Ia dipercayai tidak dapat dikesan kerana dikatakan telah disembunyikan oleh cahaya bintang Bima Sakti.

Algortima baharu, HelioLinc3D dikatakan dapat mengenal pasti 2022 GN1 dengan menganalisis data daripada Zwicky Transient Facility (ZTF).

ZTF adalah sebuah teleskop yang direka untuk mencari objek yang bergerak pantas di langit malam.

Kehadiran asteroid itu dikesan oleh algoritma walaupun ia hanya boleh dilihat untuk tempoh yang singkat.

Kredit NASA

Penemuan asteroid yang dikesan dalam data teleskop berusia setahun ini boleh mengubah cara objek berhampiran bumi untuk dipantau.

Penemuan 2022 GN1 adalah peringatan bahawa terdapat banyak ‘asteroid yang berpotensi berbahaya’ yang masih tidak dapat dikesan oleh ahli astronomi.

Pada masa ini, saintis dipercayai telah menemui 2,350 PHA tetapi dijangkakan terdapat lebih daripada 3,000 lagi belum ditemui.

Bulan lepas, Bumi telah dilintasi oleh asteroid lain sebesar bangunan 2o tingkat dan ahli astronomi hanya menyedarinya selepas dua hari asteroid tersebut berlalu.

Algoritma ini tidak lama lagi akan digunakan untuk menyisir data yang dikumpul oleh Balai Cerap Vera C. Rubin.

Ia merupakan sebuah teleskop canggih di pergunungan Chile yang dijadualkan memulakan operasinya memburu asteroid pada awal 2025.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Ini hanyalah sedikit gambaran tentang apa yang diharapkan oleh Balai Cerap Rubin dalam masa kurang daripada dua tahun. HelioLinc3D akan menemui objek seperti ini setiap malam,” kata Mario Juric, ketua pasukan di sebalik algoritma baharu itu.

“Dengan menunjukkan keberkesanan dunia sebenar perisian yang akan digunakan oleh Rubin untuk mencari beribu-ribu asteroid yang berpotensi bahaya yang belum diketahui. Penemuan 2022 SF289 boleh menyebabkan kita jadi lebih selamat,” kata saintis Rubin, Ari Heinze, pembangun utama algoritma.

Sumber: Metro

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka