Siakap Keli
taylor swift gempa bumi
Kredit: Instagram

Lebih 140k Peminat Hadir, Konsert Taylor Swift Jana Aktiviti Gempa Bumi 2.3 Magnitud

Lebih 140k Peminat Hadir, Konsert Taylor Swift Jana Aktiviti Gempa Bumi 2.3 Magnitud

Konsert Taylor Swift yang diadakan di Seattle, Amerika Syarikat baru-baru ini dilapor telah menjana tenaga seismik yang bersamaan dengan aktiviti gempa bumi berskala 2.3 magnitud.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang ahli seismologi menerusi laporan portal berita BBC.

Data tenaga seismik tersebut direkodkan daripada konsert Taylor Swift yang diadakan di Lumen Field pada 22 dan 23 Julai lepas.

Ahli seismologi, Dr. Jackie Caplan-Auerbach berkata, aktiviti seismik tersebut mungkin berpunca daripada peminat yang menghadiri konsert tersebut atau sistem audionya.

Berdasarkan data berkenaan, konsert berkenaan kini mengatasi rekod sebelumnya di Seattle, yang juga dikenali sebagai ‘Gempa Bumi Raksasa’ pada 2011.

Rekod tenaga seismik yang dicatatkan di Seattle itu adalah daripada keraian peminat sukan American Football ketika meraikan ‘touchdown‘ yang dilakukan oleh Marshawn Lynch.

Lynch difahamkan melakukan ‘touchdown‘ untuk pasukannya, Seattle Seahawks semasa menentang New Orleans Saints.

Dr Caplan-Auerbach yang juga Profesor Geologi di Western Washington University memberikan komen terhadap fenomena tersebut.

Beliau memberitahu CNN bahawa perbezaan antara perlawanan NFL dan konsert Swift hanya sekitar 0.3 magnitud.

Sungguhpun begitu, gegaran di lokasi konsert berkenaan adalah dua kali ganda lebih kuat jika dibandingkan dengan situasi di Seattle.

“Saya telah mengutip data daripada kedua-dua malam konsert terbabit dan saya segera menyedari bahawa data-data tersebut memiliki corak isyarat yang sama.

“Jika saya menindihnya di atas satu sama lain, ia kelihatan hampir mirip,” jelasnya.

Untuk makluman, konsert Taylor Swift di Seattle telah dihadiri seramai 144,000 peminat untuk tempoh dua malam.

“Seattle benar-benar memberikan pengalaman hujung minggu terbaik untuk saya. Terima kasih untuk segalanya. Semua bersorak, menjerit, melompat, menari, menyanyi sekuat hati anda,” kata Taylor Swift dalam satu hantaran di Instagram.

Konsert Swift di Seattle merupakan konsert terakhirnya di Amerika Syarikat dalam siri konsert jelajah The Eras.

The Eras merupakan konsert jelajah pertama Swift dalam tempoh lima tahun.

Sebelum ini, konsert muzik diketahui antara punca yang menyumbang kepada aktiviti seismik. Sebagai contoh, konsert Foo Fighter di New Zealand pernah mencetuskan aktiviti seismik pada 2011.

BACA: Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.