“Yang Ni Dia Tak Nak Pecah,” Azhar Sulaiman Kongsi Kisah Batu Misteri Dalam Rumahnya
Pelakon Azhar Sulaiman akhir-akhir ini dilihat aktif berkongsi beberapa siri video house tour di akaun TikTok miliknya.
Perkongsian muat naik video itu telah membuatkan peminat pelakon popular era 90-an ini teruja untuk melihat pertunjukkan rumahnya secara atas talian.
Namun, dalam salah satu video perkongsiannya telah menarik perhatian ramai, apabila terdapat cerita misteri disebalik binaan tersebut.
Menerusi video tersebut, Azhar sempat bercerita mengenai satu batu misteri yang tidak boleh dipecahkan ketika rumah banglonya itu dibina.
“Kalau orang datang rumah, mereka akan tanya, ini ruang apa? Macam stor, tapi tinggi. Macam tempat pemujaan… Di bawah ini adalah batu granit yang tak boleh dipecahkan. Ini adalah satu misteri. Batu yang besar ini bukan setakat tak dapat dipecahkan, malah ia terkeluar sampai dinding luar rumah.
“Setiap kali orang datang, mereka akan tanya, ni apa? Bekas simen tak dibuang ke? Ini adalah sebahagian daripada batu yang di dalam itu. Terkeluar sampai sini,” terangnya dalam video tersebut.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Tambah Azhar, walau apa cara sekalipun dia cuba untuk memecahkan batu tersebut, namun ia tetap tidak boleh dipecahkan.
“Selalunya kalau dalam proses rock hacking, mesin kalau hentak je batu dia akan berderai. Tapi yang ni dia tak nak pecah. Dia pecah kecil-kecil sahaja. Lepas tukar mata dua tiga kali, kita putuskan tak pecahkan batu-batu yang lain.
“Batu ini sebahagian daripada tempat orang asli sembahyang dulu. Masa site visit memang jumpa tempat ni. Tapi tak sangka ia sebahagian daripada laluan masuk rumah saya sekarang,” akhiri beliau dalam video tersebut.
@theazharsulaiman Rumah Behar ada tempat Pemujaan Orang Asli….
♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator
Sumber: Astro Awani