Siakap Keli
Sekolah Khas Untuk Golongan Paling Miskin Bantu Noktahkan Kemiskinan Tegar
Kredit: Bernama

Dasar Gaji Progresif Akan Menyokong Anjakan Reformasi Pasaran Pekerja

Gagasan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat merupakan wadah yang  menetapkan halatuju negara dalam tempoh sederhana terutamanya untuk  meletakkan negara sebagai peneraju ekonomi Asia dan di kalangan 30  ekonomi terbesar dunia. Dalam masa yang sama, berikutan peratusan  pendapatan pekerja Malaysia (wage share ratio) telah menurun daripada  37.2% pada 2020 kepada 32.4% pada 2022, Kerajaan menetapkan sasaran  nisbah ini agar meningkat kepada 45% daripada jumlah keseluruhan  pendapatan. 

Isu gaji merupakan perkara pokok yang tidak boleh diabaikan lagi.  Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama  2023 yang dibentangkan pada minggu lepas, lebih 2 juta pekerja Malaysia  masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Situasi ini lebih  membimbangkan buat golongan muda antara umur 20-24 tahun di mana  gaji penengah mereka hanyalah RM1,682 sebulan. Bagi kebanyakan  pekerja Malaysia, gaji hanya akan meningkat kepada RM3,500 pada paras  tertinggi sekitar umur 40-49 tahun sepanjang kerjaya mereka.  

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah berbincang  mengenai cadangan Dasar Gaji Progresif (progressive wage policy) sebagai  satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji pekerja dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten dan pengagihan gaji lebih  seimbang. Dasar gaji progresif ini adalah bersifat sukarela (voluntary),  berteraskan insentif (incentive-based), dan terkait dengan produktiviti  (productivity-linked).  

Model dasar ini diusulkan setelah MTEN mengambil kira pandangan dan  kepentingan pihak majikan dan pekerja. Dasar ini, yang merupakan  pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, akan disusuli dengan garis  panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan, dan peringkat.  Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62% pekerja  dan 80% syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan  ciri-ciri yang dinyatakan, dan MTEN berharap dasar ini akan menerima  sambutan dan penyertaan sebanyak syarikat dan pekerja yang mungkin.  

Langkah selanjutnya adalah sesi perbincangan dan libat urus dengan pihak  berkepentingan, terutamanya para pemain industri, perniagaan dan  pekerja. Perkara ini akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperhalusi mekanisma pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan  untuk memperuntukkan dana sebagai insentif dasar ini yang akan  ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan dan keperluan  dasar. MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah  satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak  dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan  gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda  mengangkat ekonomi negara. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa