Genap Dua Tahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Luah Rasa Rindu & Sayang Sentiasa Mekar Di Hati
Tanggal 9 Ogos 2021 sentiasa diingati oleh pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selepas pemergian Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad, 39, meluahkan kasih sayang terhadap isterinya tidak pernah luntur biarpun jasadnya telah ditelan bumi.
Beliau berkongsikan perasaannya menerusi satu hantaran di Instagram rasmi miliknya hari ini.
“Bismillah. Hari ini 9 Ogos 2023, genap 2 tahun pemergian Siti Sarah Binti Raisuddin.
“InsyaAllah berapa lama pun lagi, rindu dan sayang ini akan sentiasa mekar di hati. InsyaAllah kita sekeluarga akan jumpa di Syurga nanti, Amin ya Rab,” tulisnya di media sosial tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, ia memaparkan dirinya memeluk Allahyarhamah Siti Sarah dan diselitkan juga gambar dia duduk bersebelahan kubur.


Dalam masa yang sama, dia turut memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah isterinya.
“Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Binti Raisuddin. Al-Fatihah,” maklumnya.
BACA JUGA: “Penuh Kenangan,” Shuib Bawa Watie Makan Tempat “Favourite” Arwah Siti Sarah
Terdahulu, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 berikutan jangkitan Covid-19.
Permergian Allahyarhamah mendapat perhatian orang ramai yang turut sebak terhadap kehilangan pelakon dan penyanyi tanah air itu.
View this post on Instagram
Seiras Wajah Siti Sarah, Shuib Jumpa Adik Miza
Sekitar tiga minggu lalu Shuib memuat naik satu hantaran di media sosial yang mendedahkan pertemuannya bersama seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah persis Allahyarhamah isterinya.
Dalam video tersebut, Shuib sempat bergambar dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Miza.
“Rindu dan sayang,” tulis pelawak itu dalam hantarannya.
Dari riak wajahnya, pelawak berusia 39 tahun itu sangat gembira kerana dapat bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah seperti Allahyarhamah.
Turut menemani Shuib bersama dalam pertemuan itu adalah isterinya, Watie Hanifiah yang juga bergambar bersama kanak-kanak berkenaan.
BACA JUGA: 5 Larangan Kepada Pengundi & Ahli Politik Ketika PRN, No 3 Tu Dah Banyak Kali Jadi
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu