Siakap Keli
supra hot wheels
Kredit: @jrdd_official/TikTok

Satu Dalam Dunia, Toyota Supra Hot Wheels Terjual Dengan Harga Cecah RM8,000!

Satu Dalam Dunia, Toyota Supra Hot Wheels Terjual Dengan Harga Cecah RM8,000!

Walaupun barangnya kecil namun peminat dan pengumpulnya datang daripada pelbagai golongan, bermula dari golongan kanak-kanak sehingga golongan berusia.

Semestinya barang yang dikatakan di sini ialah Hot Wheels, kecil tapi mampu membuatkan mereka yang meminatinya menjadi gila sekiranya terjumpa edisi terhad.

Hot Wheels yang dikeluarkan khusus untuk kanak-kanak berjaya menambat hati golongan dewasa susulan model yang dikeluarkan merupakan ‘jelmaan’ model kereta sebenar, sama ada yang popular dan ‘rare’ iaitu jarang ditemui.

Baru-baru ini, satu majlis berkaitan Hot Wheels telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), khas buat mereka yang mahukan barangan edisi terhad berkaitan jenama itu.

Majlis yang diberi nama Konvensyen Pengumpul Wheels Rasmi Pertama di Asia Tenggara itu diadakan pada 29 dan 30 Julai lalu.

Konvensyen tersebut memaparkan koleksi unik Hot Wheels termasuk model Toyota Supra 82’ buatan tangan yang direka khas untuk majlis tersebut.

BACA: Pecah Rekod, Durian “Made In China” Terjual Dengan Harga RM250,000

Supra prototype limited edition dan Supra First Convention Malaysia sold!

Kredit: @jrdd_official/TikTok

Dalam hal yang lain, satu acara lelongan, Charity Auction telah dijalankan oleh pemilik Art of Speed beserta pereka bentuk kereta itu, KromeBandits di TT Puchong.

Tempat itu merupakan tempat pengumpul para peminat Hot Wheels untuk kereta diecast.

Lebih menarik, Supra Prototype Limited Edition dan Supra First Convention Malaysia terjual dengan harga RM7,600 kepada seorang pengumpul Malaysia semasa lelongan dibuka.

Perkara itu dikongsikan oleh pengguna @jrdd_official di TikTok, di mana dia memaparkan sesi lelongan yang berlaku pada ketika itu.

Difahamkan, terdapat dua kereta ditawarkan dalam Charity Auction itu.

Yang pertama ialah Supra Prototype Limited Edition dan Supra First Convention Malaysia (warna biru) yang mempunyai 500 keping di seluruh dunia.

Sesi lelongan kereta itu dimulakan dengan harga serendah RM100 oleh peminat kemudian ia meningkat secara mendadak.

Dalam masa beberapa saat, lelongan yang tadinya bermula dari ratusan telah mencanak naik kepada ribuan susulan peminat bersemangat mahu memiliki edisi terhad itu.

Pembida yang berada di situ kelihatan bersaing kuat menyatakan harga yang tinggi dan semakin lama bidaan itu mencecah harga RM2,000.

Pelelong yang mengendalikan acara tersebut turut melontarkan kata-kata semangat kepada pembida supaya mereka tidak mudah berputus asa melepaskan edisi terhad itu.

“Biar menyesal beli, jangan menyesal tidak beli,” ujarnya.

Selepas ia mencecah harga RM7,600, jumlah yang agak besar bagi sesetengah pihak, pelelong kemudiannya memukul palu menandakan lelongan itu telah berakhir.

“RM7,600 panggilan ketiga, sold!” jeri pelelong.

Satu jeritan bergema dan rata-rata mereka yang berada di situ mula mengeluarkan telefon bimbit merakam detik-detik berharga buat pemenang yang membawa pulang edisi terhad Hot Wheels itu.

Pemenang kemudiannya tampil ke hadapan untuk menerima Hot Wheels tersebut sekali gus membuatkan acara itu menuju ke penamat.

@jrdd_official

SOLDDD RM7,600! Lot Auction Supra Convention Prototype Edition + 500pcs Limited Edition #hotwheelsmalaysia #hotwheels #diecast #supra #bid #hotwheelsconvention

♬ LoFi(860862) – skollbeats

Sumber: @jrdd_official/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.