Siakap Keli
durian china
Kredit: Mothership.sg

Pecah Rekod, Durian “Made In China” Terjual Dengan Harga RM250,000

Pecah Rekod, Durian “Made In China” Terjual Dengan Harga RM250,000

Sebiji durian pertama buatan China seberat 6.91 kilogram (kg) berjaya dilelong dan dijual dengan harga kira-kira RM247,000, memecahkan rekod dunia selepas bidaan itu dibuat oleh seorang lelaki, lapor Mothership.sg.

Difahamkan, bidaan awal durian tersebut diletakkan pada harga RM560 dan sesi bidaan itu diadakan di Sanya, Hainan di China.

Susulan negara tersebut secara rasmi memasuki pasaran raja buah-buahan, ini adalah kali pertama durian yang ditanam di bandar Sanya dijual kepada orang ramai selepas empat tahun menanam.

Menerusi video yang dikongsi oleh @louisong14 di Tiktok, mereka memulakan sesi bidaan dengan baik selepas meletakkan harga permulaan di bawah RM600.

Keadaan bertambah baik apabila seorang lelaki menjerit membida dengan harga yang tinggi sekitar RM6,300.

Kemudian, bidaan melonjak naik dengan pantas selepas pembida menawarkan harga daripada RM19,000 kepada RM191,000.

Keadaan itu membuatkan pelelong kelihatan sedikit terkejut dengan kegilaan para pembida namun berterima kasih kepada mereka atas sokongan yang diberikan.

Kredit: Mothership.sg

Untuk seketika, perang bidaan dilihat akan diakhiri dengan harga RM19,000 tetapi seorang lelaki memutuskan untuk membida buat kali terakhir dengan menawarkan sebanyak RM247,000.

Keputusan itu membuatkan pelelong memukul palu, menandakan lelongan tersebut telah tamat.

BACA: Nampak Sama Tapi Lain, Kenali Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

Durian ‘Made in China’

Sebelum ini, media kerajaan China melaporkan pada Mac lepas, bahawa durian yang ditanam dalam negara tersebut akan mula memasuki pasaran pada Jun tahun ini.

Untuk permulaan, Sanya telah menanam durian di atas tanah dengan keluasan kira-kira 93 hektar setakat Mac lalu.

Menurut media itu, walaupun petani tempatan cuba menanam durian kira-kira tujuh dekad lalu, namun kadar kemandirian pokok adalah sangat rendah.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah bekerjasama dengan negara Asia Tenggara dan institusi penyelidikan China untuk mengani masalah itu.

Negara itu turut mendakwa bahawa kadar kemandirian anak benih durian kini berada pada 98 peratus.

Dalam pada itu, pakar turut menganggarkan bahawa negara itu hanya dapat mengeluarkan kira-kira 50 tan durian pada tahun ini. 

Orang China dijangka akan menjual durian kira-kira satu juta tan buah pada tahun 2023.

@louisong14

海南岛榴莲拍卖 #中国🇨🇳 #FYP #榴莲爱好者 #海南岛 榴莲拍卖会 #Durian #国产榴莲

♬ original sound – Louis Ong – Louis Ong

Sumber: Mothership.sg

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana