Siakap Keli
Menantu Muhyiddin beku pasport
Gambar: Bernama

SPRM Akan Minta JIM Beku Pasport Menantu Muhyiddin Jika Masih Gagal Dihubungi – Azam Baki

SPRM Akan Minta JIM Beku Pasport Menantu Muhyiddin Jika Masih Gagal Dihubungi – Azam Baki

KUALA LUMPUR — Sekiranya masih gagal dihubungi atau tiada respon, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta bantuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membekukan pasport menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi suspek.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya akan mengambil tindakan tegas untuk membawa mereka pulang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah.

Tambahnya, mereka ketika ini disyaki berada di luar negara selepas hasil semakan daftar keluar Malaysia adalah pada 17 dan 21 Mei lalu.

“SPRM tidak boleh berkongsi maklumat berhubung lokasi yang dituju oleh mereka, tetapi apa yang pasti mereka masih di luar negara.

“Kita mengesyaki mereka berada di sebuah negeri (di luar negara), maka tindakan yang boleh diambil adalah meminta JIM membekukan pasport kedua-duanya sekiranya masih gagal memberi sebarang maklum balas,” ujarnya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berada di Padang Kawad Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi merasmikan majlis perbarisan tamat latihan kursus asas pegawai SPRM Siri 27 (Penguasa P41) .

Difahamkan, kedua-dua individu itu dikehendaki oleh pihak SPRM. Ia bagi membantu siasatan mengenai isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

BACA JUGA: Muhyiddin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta Enam Pertuduhan

Ujar Azam dengan lebih lanjut, pihaknya mungkin mencari inisiatif lain bagi membawa pulang kedua-dua individu itu termasuk memohon bantuan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Antarabangsa (Interpool).

Langkah tersebut berkemungkinan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat sekiranya masih tiada sebarang maklum balas daripada mereka.

Tambahan lagi, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah berikutan kedua-dua nama tersenarai dalam red notice.

Azam juga secara berseloroh berkata sama ada melarikan diri atau tidak, semua orang boleh tahu tujuan dua individu terbabit.

“Tuan-tuan fikir sendirilah. Kalau SPRM sudah keluarkan senarai dikehendaki, maknanya dia gagal hadir ke pejabat SPRM bagi membuat rakaman percakapan.

“Oleh itu, terdapat kemungkinan dia dan seorang lagi individu cuba melarikan diri,” katanya lagi.

Maklumnya lagi, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak SPRM  namun masih gagal mendapatkan kedua-dua suspek.

Antaranya termasuklah berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan keterangan Muhyiddin mungkin diperlukan bagi membantu usaha mengesan dan membawa pulang menantunya.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut bergantung kepada proses siasatan sama ada beliau bakal dipanggil atau tidak.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.