Siakap Keli
kambing makan mi goreng
Gambar: Detik Jateng

Unik, Kambing Comel Gemar Makan Mi Goreng Raih Perhatian Ramai

Unik, Kambing Comel Gemar Makan Mi Goreng Raih Perhatian Ramai

Seekor kambing di Desa Gununglangit, Banjarnegara, Indonesia menarik perhatian ramai kerana gemar memakan nasi dan mi goreng lengkap dengan telur, lapor Detik Jateng.

Kambing jantan itu merupakan milik seorang lelaki berumur 47 tahun bernama Hadi.

Ketika ditemui di rumah pemiliknya, kambing itu sedang bersantai di ruang tamu bersama dengan tuannya.

Kambing unik berwarna coklat itu juga turut dilihat sedang menjamah roti.

“Kambing ini memang patuh. Jadi sudah terbiasa dia ada dalam rumah, kadang-kadang makan di meja makan, kadang-kadang bersantai di ruang tamu,” ujar Hadi.

Sebagai haiwan peliharaan kesayangan, kambing itu juga memiliki nama yang diberikan oleh pemiliknya.

“Iya kambing itu ada namanya, namanya Kuncoro. Dia ni semua benda dia makan. Kalau kami makan nasi sayur terung, kami bagi dia juga. Masak mi goreng dengan telur pun dia makan,” katanya.

Tak hanya itu, pemiliknya juga turut kerap membawanya jalan-jalan. Kuncoro juga disediakan satu kandang khusus di hadapan rumah tuannya.

“Kalau petang saya suka ajak dia jalan-jalan. Disebabkan dia sangat patuh, jadi saya buat kandang khusus di depan rumah saya,” katanya.

Sumber: Detik Jateng

Aqmal Ezany

I write what is right