Siakap Keli
Gambar: FB Syahir Sulaiman

“Ada Rezeki Kita Siapkan Model ‘Rumah’ Baharu Ini Di Putrajaya,” Syahir Sulaiman

“Ada Rezeki Kita Siapkan Model ‘Rumah’ Baharu Ini Di Putrajaya,” Syahir Sulaiman

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hasratnya dalam mengemukakan rangka kerja asas dalam penetapan landasan ekonomi negara yang lebih jelas.

“Debat ekonomi, saya kemukakan ‘framework’ asas, siapkan basic ‘structure’, dan tetapkan arah ‘kiblat’ terlebih dahulu.

“Ada rezeki kita siapkan model (rumah) baharu ini di Putrajaya, insya-Allah…” katanya.

Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya.

Semalam, Syahir sempat mengadakan perdebatan bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang memfokuskan topik “Model Baharu Ekonomi Malaysia”.

Perdebatan antara dua tokoh politik itu mendapat perhatian ramai selepas disiarkan menerusi siaran langsung yang dibawakan oleh Astro Awani dan RTM.

BACA JUGA: Mohd Syahir Tak Faham Aturan Kementerian – Rafizi Ramli

Beliau yang merupakan lulusan Sarjana Pembangunan dari Universiti Malaysia (UM) membentangkan model ekonomi Kestabilan Nasional, maklum Astro Awani.

Model Baharu Ekonomi Malaysia

Jelasnya, model tersebut dibahagikan kepada empat teras iaitu, Keadilan Ekonomi, Kitaran Ekonomi, Kesederhanaan Ekonomi dan Integriti Ekonomi.

Gambar: Fb Syahir Sulaiman

“Negara ini perlukan kestabilan, dan saya letakkan national stability sebagai matlamat model baharu ekonomi Malaysia.

“Maka apabila matlamat jelas, we need stability … bukan seperti Ekonomi Madani yang mahu menjadikan Malaysia sebagai antara 30 ekonomi terbesar dalam dunia, (kononnya) we want to be among the biggest, but it doesn’t mean the best. We want to be the best, stable … namun apa guna jika kaya itu terus kaya, yang miskin semakin miskin,” ujarnya lagi dalam pusingan pertama perdebatan itu.

Berdasarkan kepada kandungan Ekonomi Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syahir mendakwa ia terdapat persamaan dengan dokumen yang diterbitkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Perkara itu dilihat boleh menjadi tanda tanya berhubung hala tuju sebenar ekonomi negara.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok itu juga telah memuat naik satu infografik berkenaan “Model Baharu Ekonomi Malaysia” di platfom berkenaan.

https://www.facebook.com/syahirsulaiman.ss/posts/pfbid05qS7TctKKhxVFkTFkxhtLbsKAka5ZKqgG88XuwAd2bvCq62bZsPgtuV6iWA3ukT3l

Sumber: Facebook Syahir Sulaiman

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.