Siakap Keli
mohd syahir kementerian rafizi
Kredit: Awani

Mohd Syahir Tak Faham Aturan Kementerian – Rafizi Ramli

Mohd Syahir Tak Faham Aturan Kementerian – Rafizi Ramli

Perbelanjaan pembangunan kini diletakkan di bawah Kementerian Ekonomi dan Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata sebelum ini, ia menjadi isu susulan Perdana Menteri mempunyai bidang kuasa pada bahagian perbelanjaan pembangunan dan belanja mengurus.

“Saya pelik, kita berbahas atau kelas membaca hari ini?

“Sebab itu saya ajak berbahas sebab berdasarkan rekod-rekod daripada Presiden hingga orang paling pandai dalam Pas pun tidak menjawab soalan moderator, tapi berpusing-pusing,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut mengatakan semasa sesi perbahasan Mohd Syahir juga ada menyebutkan mengenai tatakelola tetapi secara berulang.

Menurut Rafizi, Mohd Syahir tidak memahami aturan yang dilakukan oleh pihak kementerian mengenai belanjawan negara.

Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa Kementeri Kewangan hanya mengawal selia hanya belanja mengurus.

“Belanja pembangunan yang melibatkan, contoh projek bina jalan, buat bangunan dan sebagainya, sekarang ini di bawah Kementerian Ekonomi.

“Jadi tidak timbul soal seorang Perdana Menteri kawal dua-dua. Sebelum ini, keadaan itu berbeza kerana perbelanjaan pembangunan itu berada di bawah Perdana Menteri.

“Jadi apabila Perdana Menteri, dialah juga yang mengawal perbelanjaan pembangunan, dia juga mengawal belanja mengurus, itu yang jadi masalah.

“Saudara Anwar Ibrahim sebenarnya, dari segi kuasa berbelanja itu lebih rendah berbanding saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sesi perdebatan itu bukan menentukan pemenang namun konteks yang diberikan kepada penonton.

BACA: Dianggap Berdakwah Tapi Tak Zuhud Sebab Naik Vellfire, Ini Respon Ustaz Adnin Roslan

“Debat ini tiada menang dan kalah, yang paling penting adalah perkara yang disampaikan.

“Jadi kualiti ukuran sesuatu debat itu sama ada mesej yang kita nak sampaikan itu betul-betul difahami oleh penonton,” katanya.

Jelasnya, segala yang perlu dijelaskan mengenai cabaran ekonomi dan kerangka ekonomi Malaysia Madani dapat disampaikan kepada rakyat.

Rafizi menjelaskan bahawa melalui pendekatan yang dilakukan pada malam ini, beliau berharap ia akan menyakinkan rakyat bahawa sesuatu perkara mengambil masa yang lama untuk difahami.

Sumber: Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana