Siakap Keli
presiden ecuador mati ditembak
Gambar: Bernama

Calon Presiden Ecuador Maut Ditembak Ketika Berkempen

Calon Presiden Ecuador Maut Ditembak Ketika Berkempen

QUITO — Calon Presiden Ecuador, Fernando Villavicencio dilaporkan telah ditembak hingga mati semasa berkempen di ibu negara berkenaan, lapor AFP hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Ecuador, Juan Zapata dan Presiden Semasa, Guillermo Lasso.

Villavicencio yang merupakan seorang wartawan berumur 59 tahun merupakan antara lapan calon yang bertanding dalam pilihan raya Presiden pada 20 Ogos ini.

Tegas Lasso, beliau berjanji penembak terbabit yang dinamakan sebagai ‘X’ tidak akan terlepas daripada hukuman jenayah.

“Saya telah memanggil pegawai keselamatan tertinggi untuk mengadakan mesyuarat berhubung kejadian yang menggemparkan negara ini.

“Hukuman yang berat akan dikenakan terhadap suspek kerana telah melakukan jenayah yang dirancang ini,” katanya lagi.

Menurut laporan BBC News, salah seorang saksi yang menyertai kempen memberitahu kepada media tempatan bahawa Fernando telah ditembak di kepala sewaktu hendak masuk ke dalam kereta.

Penembak dipercayai seorang lelaki namun maklumat lanjut mengenainya masih belum diketahui.

Sementara itu, rakaman detik-detik sebelum dan selepas kejadian tembakan itu telah tular di media sosial.

Info lanjut akan menyusul.

Sumber: AFP, BBC News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?