Jarak Usia 34 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Bertemu Jodoh Dengan “Bestfriend” Anak Sendiri
Tular sebuah video di media sosial Indonesia yang menunjukkan detik perkahwinan seorang lelaki yang sudah berusia dilihat berkahwin dengan kawan baik kepada anaknya.
Video yang dimuat naik di media sosial TikTok itu menunjukkan seorang lelaki memakai sut hitam bersiap sedia untuk mengahwini seorang wanita yang dikatakan kawan baik kepada anaknya sendiri.
Selain itu, video itu juga menunjukkan anak perempuan kepada pengantin lelaki turut membantu melakukan persiapan perkahwinan bapanya.
Perkahwinan itu dipercayai mendapat persetujuan kedua belah pihak, di mana anak perempuan lelaki itu turut menjadi saksi perkahwinan tersebut.
Memetik akaun Instagram @terangmedia, wanita muda bernama Silva Nabila Dwi Andini (19) telah mengesahkan video tersebut.
Menurutnya, video tersebut merupakan detik perkahwinan bapanya, AS Yusuf Zauhari (53) bersama rakan baiknya yang bernama Adelia Nur Atifah (19).
Silva turut menjelaskan bahawa pernikahan tersebut berlangsung pada Khamis bersamaan dengan 3 Ogos lalu di rumah mereka di Kecamatan Sindangkerta, Bandung Barat.
Muat naik hantaran itu seterusnya menjadi bualan hangat netizen di Indonesia.
View this post on Instagram
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Ramai Sebak Tonton Majlis Pernikahan Tular Pasangan Melayu Dan Cina Ini
Kita sering disajikan dengan perkahwinan yang sama bangsa namun ia tidak berlaku kepada pasangan mempelai ini. Pasangan ini telah melakukan perkahwinan campur antara kaum Melayu dan Cina.
Pengguna akaun @Emcee_ezal (Ezal) yang dipercayai sebagai pengacara majlis memuat naik satu rakaman majlis akad nikah yang menyentuh hati semasa pasangan Melayu dan Cina ini disatukan.
Difahamkan majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat daripada belah pengantin lelaki dan juga perempuan.
Detik penyatuan pengantin antara dua kaum itu dilihat sangat menyentuh hati. Ia susulan ibu bapa kedua-dua pasangan mula menitikkan air mata sejurus berjumpa dengan anak masing-masing.
Pada awalnya, pengantin lelaki masuk ke dalam dewan diiringi oleh ibunya, diikuti pengantin perempuan (Cina) disusuli tangisan sebak.
Pengantin perempuan perlu berada di atas pelamin dan dia kelihatan tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih semasa diiringi ibunya dan juga seorang lagi wanita.
Apabila selesai diijab kabul, pasangan pengantin mula berjumpa dengan ibu bapa mereka, kemungkinan menitipkan beberapa pesanan sebelum menjalani kehidupan baru.
Kedua-dua pasangan itu tidak dapat menahan air mata dan menangis bersama-sama ibu bapa mereka.
Sumber: Suara.com