Siakap Keli
Meninggal selepas akad nikah
Gambar: Tangkap Layar

Tragedi Hari Bahagia, Pengantin Wanita Meninggal Dunia 5 Minit Selepas Akad Nikah

Tragedi Hari Bahagia, Pengantin Wanita Meninggal Dunia 5 Minit Selepas Akad Nikah

Majlis ijab kabul merupakan satu momen paling indah bagi setiap orang yang ingin membina fasa baharu dalam hidup mereka bersama pasangan.

Namun, baru-baru ini tular satu rakaman yang dimuat naik di media sosial mendedahkan seorang pengantin wanita meninggal dunia lima minit selepas diijab kabul.

Dalam video berdurasi satu minit itu menunjukkan sebuah van jenazah berwarna hitam membawa masuk jenazah ke halaman rumah yang sudah lengkap dengan khemah perkahwinan.

Sewaktu van tersebut tiba, sebahagian penduduk turut membantu untuk mengeluarkan keranda dari dalam kenderaan tersebut.

“Setelah lima minit ijab kabul, mempelai menghembuskan nafas terakhir menghadap Ilahi,” tulis pemilik akaun.

Allahyarhamah yang dikenali sebagai Dwi Otaviani, 39, bersama pasangannya, Dewi, melangsungkan perkahwinan di Jalan Iswahyudi, daerah Kalidoni di Kota Palembang pada pagi 2 Julai lalu.

Gambar: TikTok @viral.dongs

Difahamkan, Dwi tidak sedarkan diri beberapa saat sejurus dinikahkan. Susulan itu, pengantin wanita itu telah dikejarkan ke Rumah Sakit Dr. Mohammad Hoesin (RSMH), Palembang.

Walau bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia selepas itu.

Kakak kepada pengantin perempuan ketika ditemui kelihatan masih bersedih meskipun sedang menyapu halaman rumah ketika itu.

“Ya adik saya meninggal dunia semalam, selepas selesai proses ijab kabul dia tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke rumah sakit dan disahkan meninggal dunia,” ujar kakak kepada Dwi.

Menurutnya, Allahyarhamah dipercayai terlalu penat dan mempunyai sejarah penyakit.

Jenazah telah selamat dikebumikan pada hari dinyatakan meninggal dunia.

Anak Yatim Piatu

Gambar: TikTok @viral.dongs

Difahamkan, Dwi menjadi tulang belakang keluarga setelah kematian ibu dan ayahnya.

Ketua Daerah Kalidoni, M, Rama Cahaya Putra berkata Dwi tinggal bersama adik dan kakaknya di rumah.

BACA JUGA: Pilu, Hanya Beberapa Jam Bergelar Isteri, Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Pada Malam Hari Menikah

“Dwi Oktaviani merupakan tulang belakang keluarga itu setelah mereka kehilangan kedua ibu bapa.

“Kedua-dua orang tua mereka juga telah lama meninggal dunia,” katanya.

TIdak Sihat Sebelum Akad Nikah

Difahamkan, Allahyarhamah dipercayai berada dalam keadaan tidak sihat sebelum majlis akad nikah.

“Dwi juga telah sepakat untuk melangsungkan hari bahagia mereka pada 2 Julai jam 7 pagi waktu tempatan.

“Semua persiapan juga telah diselesaikan termasuk jemputan perkahwinan, pelamin, dan sound system telah siap dipasang,” jelasnya lagi.

@viral.dongs

Viral !! Pengantin Wanita Meninggal Dunia Setelah 5 Menit Ijab Kabul #videoviral #beritaviral #beritaterkini #beritatiktok #viraldongs

♬ Creepy Violins – Apollo Nove

Sumber: Detik.com (1), (2)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?