Nak Balas Chat Kawan Pakai Video, Boleh Cuba Fitur ‘Video Message‘ Di WhatsApp
WhatsApp telah memperkenalkan satu fitur yang membenarkan pengguna untuk berkongsi video pendek peribadi menerusi chat anda.
Fitur ‘Video message’ ini seakan-akan video Snap di laman Snapchat. Para pembangun WhatsApp telah menggabungkan kemudahan yang ditampilkan menerusi fitur ‘Voice Recording’ dengan impak emosional yang dimiliki menerusi kiriman video dalam satu bentuk fitur baharu di WhatsApp.
Menerusi fitur ini, pengguna boleh menunjukkan keadaan sekelilingnya, memberi reaksi ‘original’ terhadap mesej penghantar serta berkongsi status anda kepada rakan dengan segara.
Oleh itu, bagi sesiapa yang masih belum cuba fitur baharu ini, berikut adalah cara-cara bagaimana hendak menghantar ‘Video Message’ kepada rakan anda.
Bagaimana cara untuk menghantar ‘Video Message‘ di WhatsApp
Sebelum itu, anda perlu memastikan Whatsapp yang diguna adalah versi kemaskini terbaharu. Sekiranya ya, terus ke cara-cara yang kami kongsikan dibawah.
1. Buka ruangan chat yang anda ingin kirimkan hantaran video tersebut.
2. Tekan (Tap) ikon mikrofon pada bahagian bucu bawah kanan paparan skrin anda untuk menukarkannya kepada mod video.

3. Tekan ikon kamera dalam jangka masa yang lama untuk merekod video.

4. Lepaskan ikon kamera untuk memberhentikan rakaman dan hantar mesej video tersebut. Anda juga boleh ‘swipe up‘ untuk mengunci skrin agar dapat merakam mesej video dengan lebih mudah.

Selepas melakukan perkara-perkara di atas, mesej video segara anda akan terus dihantar ke dalam chat anda bersama rakan-rakan anda.
Bagaimana fitur ini berbeza dengan cara mengirimkan video seperti biasa?
Jika anda tertanya-tanya, apa perbezaan antara menggunakan fitur baharu ini dengan menghantar video seperti biasa, terdapat perbezaan ketara.
Mesej video segera dicipta untuk dihantar secara spontan dan bersifat peribadi, seperti mesej suara (voice messages). Mesej-mesej ini tidak akan disimpan di dalam galeri telefon melainkan anda memilih untuk berbuat demikian.
Selain itu, mesej video segera terhad kepada 60 saat sahaja, manakala video biasa boleh dihantar melebihi dari 60 saat.
Bukan itu sahaja, mesej video segera boleh dimainkan secara automatik, tidak ubah seperti mesej suara tetapi penghantaran video biasa memerlukan pengguna untuk menekan butan main sebelum memainkannya.
BACA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN
Sumber: Make Use Of