Ramasamy Umum Keluar DAP, Letak Semua Jawatan
PERAI — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy hari ini mengumumkan keluar dari parti DAP.
Beliau dalam sidang akhbar pagi tadi berkata telah meletakkan semua jawatan dalam parti berkenaan.
Dalam satu siaran langsung di akaun Facebook rasmi miliknya, Ramasamy telah menghantar surat perletakan jawatan itu. Surat berkenaan telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada awal pagi tadi.
“Pada pagi ini, saya telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park kepada saudara Anthony Loke Siew Fook pada pukul 8.24 pagi ini,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menghantar surat kepada Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow mengenai perletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang pada jam 8.25 pagi.
Jelasnya lagi, beliau telah membuat rundingan bersama beberapa individu tertentu dan rakan-rakan sebelum membuat keputusan tersebut.
“Selepas berunding secara mendalam dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang rapat, saya telah memutuskan untuk melepaskan keahlian saya daripada parti DAP yang saya sertai pada 18 tahun lalu pada tahun 2005,” ujarnya lagi.
Beliau turut berkata pada 18 Julai lalu dia telah digugurkan untuk bertanding dalam PRN akan datang.
BACA JUGA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN
“Parti mempunyai hak untuk menggugurkan saya dan lima ADUN yang lain namun anasir yang diberikan iaitu proses regimentation tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah proses penyingkiran politik (political purge),” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa memahami dengan situasi semasa dan bakal digugurkan daripada DAP pada 18 Julai selepas keputusan dibuat.
Sebelum ini, P Ramasamy merupakan ahli Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang.
Pada 2008, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu Kawan dan ADUN Perai yang dipertandingkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu.
P Ramasamy kemudiannya telah dilantik menjadi Timbalan Menteri II Pulau Pinang dan berkhidmat selama 15 tahun (3 penggal).
https://www.facebook.com/proframasamy/videos/190367124048060
Sumber: FB Prof Dr. Ramasamy