Huruf ‘D’ Bunyi Pekat, Rasmus Højlund Ajar Cara Sebenar Sebut Namanya
Menyedari namanya agak susah disebut, penyerang baharu Manchester United (Man United), Rasmus Højlund mengambil peluang mengajar orang ramai tentang cara penyebutannya.
Menerusi satu video, pemain berusia 20 tahun itu menunjukkan cara yang betul untuk menyebut nama terakhirnya.
Ujarnya, dia tidak merasakan semua orang yang berada di hadapannya dapat menyebutkan namanya dengan betul.
Dengan rasa bertanggungjawab, dia perlu untuk menunjukkan cara sebenar sekiranya diberi peluang.
Hal ini kerana dia merupakan warganegara Denmark, di mana cara sebutannya agak berbeza dengan ‘slang’ bahasa Inggeris.
“Nama penuh saya, saya tidak fikir sesiapa di sini di sini boleh menyebut nama keluarga saya dengan betul.
“Ada sesiapa yang ingin mencuba?” tanya dia.
Dia mengambil peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai supaya selepas ini orang ramai tidak akan menyebutnya dengan cara yang salah.
Cara menyebut Højlund
Jadi tanpa berlengah, mari kita ketahui bagaimana cara untuk menyebutnya dengan cara yang diajar oleh tuan badan sendiri.
Abjad D di bahagian belakang nama perlu disebut dengan pekat, berbanding dengan sebutan biasa.
Lidah perlu diletakkan di bahagian bibir atas dan bukannya di belakang gigi.
Sebutannya berbunyi I learn, iaitu oy-learn.
Walaupun ejaannya menggunakan abjad, namun sebutannya agak berlainan dalam bahasa Inggeris.
Jadi, namanya ialah Rasmus Højlund (oy-learn).
Nampak seperti susah namun apabila sudah mengetahui cara yang betul, ia menjadi mudah.
Sebagai peminat fanatik Man United, pendedahan ini amat berguna supaya dalam perlawanan akan datang, anda boleh menyebut namanya dengan jelas tanpa sebarang masalah.
Dalam perkembangan lain, rata-rata peminat The Red Devils dilihat sangat senang dengan perwatakan pemain baharu itu susulan gelagat yang ditunjukkan memberi petunjuk bahawa dia adalah orang yang sangat disenangi.
Sebelum ini, media melaporkan Man United telah menandatangani pemain Denmark itu selama lima tahun sehingga Jun 2028.
Untuk rekod, Højlund telah menjaringkan 27 gol dalam 87 penampilan kelab-kelab pernah disertainya, termasuk 10 gol di Itali untuk Atalanta musim lalu.
Højlund yang teruja dengan perpindahan ke gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut mengatakan ia adalah peluang untuk mengubah impian menjadi kenyataan.
Dia turut berazam untuk membalas kepercayaan kelab dengan memberikan prestasi yang cemerlang.
View this post on Instagram
Sumber: downthewings/Facebook, Man United