Siakap Keli
Neymar Ke Al Ahli
Gambar: Fb Fabrizio Romano

“Here We Go” Neymar Ke Al-Hilal Dengan Kontrak Dua Tahun

Here We Go” Neymar Ke Al-Hilal Dengan Kontrak Dua Tahun

PARIS — Bintang Brazil, Neymar kini sah bergelar sebagai pemain kelab dari Liga Profesional Arab Saudi, Al-Hilal.

Perkara itu dimaklumkan oleh wartawan bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano dalam satu kenyataan di Facebook.

Neymar Ke Al Ahli

Menurutnya, pemain berusia 31 tahun itu menyertai Al-Hilal dengan tawaran kontrak selama dua tahun. Neymar kini secara rasmi bergelar pemain kelab itu sehingga 30 Jun 2025

“Here We Go! Neymar Jr sah akan menyertai Al Hilal dalam perjanjian dua tahun,” maklumnya.

Difahamkan, kesemua dokumen telah disemak dan mendapat kelulusan daripada semua pihak.

Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG) itu kini dalam persiapan untuk berangkat Arab Saudi selepas selesai ujian perubatan lewat hari ini.  Dalam masa yang sama, Neymar Jr bakal menyarung jersi nombor 10 di Al Ahli.

Kata Fabrizio, proses perpindahan pemain itu dijadualkan selesai pada hujung minggu ini dengan nilai perpindahan dianggarkan mencecah €100 juta (RM505 juta).

BACA JUGA: Penyerang Import PDRM FC Bruno Suzuki Peluk Islam

Terdahulu, pemain itu telah dillaporkan bakal menyertai kelab itu selepas mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain.

Memetik Goalat.com, pemain berusia 31 tahun itu bakal menyertai kelab berkenaan dengan bayaran €160m. namun kedua-dua kelab berkenaan masih dalam fasa perundingan.

Media Perancis, L’Equipe juga melaporkan Neymar bakal menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab itu bernilai £138 juta (RM803 juta)

Manakala Skysport pula melaporkan perjanjian tersebut menyaksikan kelab Arab itu membayar Neymar £129.4 juta (RM 758.90 juta) setahun.

Pada 2017, Neymar telah memecahkan rekod perpindahan pemain termahal dengan nilai £198 juta (RM1.15 bilion) dari Barcelona.

Sejak kali pertama pemain itu berada di PSG, dia telah membantu kelab bermain memenangi trofi domestik dalam tempoh enam tahun.

Walau bagaimanapun, sejak Mac lalu, dia dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan ligamen buku lali rekonstruktif.

Sumber: Facebook Fabrizio Romano

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?