Siakap Keli
mh122 penumpang
Gambar: Bernama

MH122 Ke KL Terpaksa Berpatah Balik Ke Sydney- Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Pesawat Malaysia Airlines MH122 yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang di dalam pesawat.

Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi itu.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada 3.47 petang waktu tempatan.

BACA JUGA: Genap 9 Tahun, Mengenang Tragedi Kehilangan Pesawat MH370

“Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan “insiden kecemasan” di udara.

MH122 berlepas dari Sydney pada 1.40 tengah hari dan mendarat semula pada 3.47 petang.

Video yang disiarkan menerusi X (Twitter) oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122 itu menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.

Sementara itu, Polis Persekutuan Australia menerusi media sosialnya memaklumkan pihaknya sedang bertindak terhadap kejadian kecemasan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Kemas kini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai,” menurutnya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.