Siakap Keli
dr zulkifli saham
Kredit: BERNAMA

“Dakwaan Adalah Palsu,” Dr Zulkifli Nafi Terlibat Dalam Pelaburan Saham

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menafikan dirinya terlibat dalam aktiviti berkaitan pelaburan saham seperti iklan tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu ciapan, Dr Zulkifli menegaskan dakwaan yang terdapat di beberapa iklan tular adalah palsu dan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dalam aktiviti tersebut.

“Kami mengambil maklum bahawa terdapat beberapa iklan tular yang beredar di internet dan platform media sosial yang secara salah mendakwa keterlibatan Dr Zulkifli dalam aktiviti pelaburan saham.

“Kami ingin menegaskan dengan jelas bahawa dakwaan-dakwaan ini adalah palsu dan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan, penyertaan, atau pengesahan dalam apa jua aktiviti-aktiviti sedemikian,” katanya pada Isnin.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa kesahihan sumber sebelum menyebarkan sebarang bentuk penipuan di dalam talian.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati supaya tidak terjerumus dalam penipuan sedemikian.

Beliau turut meminta orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menjumpai sebarang iklan pelaburan saham yang melibatkan dirinya.

“Adalah penting untuk semua berhati-hati serta memastikan kredibiliti sumber sebelum mempercayai atau menyebarkan sebarang bentuk penipuan (scam).

“Sekiranya anda menjumpai sebarang iklan atau dakwaan yang melibatkan Dr Zulkifli dalam aktiviti pelaburan saham, sila laporkan sebagai berita palsu kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Viral iklan pelaburan saham libatkan Dr Zulkifli

Kredit: @amanijalil/X

Sebelum ini, tular di Facebook berkaitan iklan pelaburan saham yang memaparkan gambar Dr Zulkifli di poster tersebut.

Poster tersebut mengiklankan saham yang menyatakan pelaburan tersebut mematuhi syariah dan turut meletakkan logo halal di iklan itu.

Ia turut mendakwa pelaburan saham itu adalah berisiko rendah, perdagangan pesara Islamik, sitem perdagangan automatik dan modal penuh akan dipulangkan semula sekiranya rugi.

Iklan tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 2,600 tanda suka, sekitar 1,000 warga maya meninggalkan komen di ruangan yang disediakan dan seramai 110 orang membuat perkongsian.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian Dr Zulkifli selepas dimaklumkan oleh salah seorang warga maya di aplikasi X.

Sumber: @drzul_albakri/X

BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana