Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pegang kaabah tawaf umrah
Kredit BERNAMA

Sah Ke Pegang Kaabah Ketika Buat Tawaf Umrah? Ini Jawapan Mufti Wilayah

Syed Faisal Sayed Muhammad

Sah Ke Pegang Kaabah Ketika Buat Tawaf Umrah? Ini Jawapan Mufti Wilayah

Ibadah Umrah merupakan satu ibadah yang cukup popular kebelakangan ini ekoran kos untuk mengerjakannya sedikit murah berbanding ibadah Haji.

Selain itu, ibadah umrah tidak perlu menunggu giliran seperti ibadah Haji yang perlu mendapat pelepasan Tabung Haji untuk mengerjakannya.

Umrah juga tiada masa yang ditetapkan untuk mengerjakannya dan bila-bila masa sahaja ia boleh dilakukannya.

Namun baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan sebuah perkongsian yang menceritakan berkenaan tawaf seorang jemaah yang tidak sah.

Tawafnya tidak sah kerana dia dikatakan menyentuh Kaabah ketika membuat pusingan tawaf tersebut.

Justeru untuk mengetahui hukum tawaf tersebut, mari kita ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah berkenaan cara sah membuat tawaf serta dengan hukumnya.

Soalan

Assalamualaikum. Saya ada satu soalan, semasa saya mengerjakan tawaf ketika umrah keadaan saya berdekatan dengan kaabah. Bolehkah saya pegang dinding kaabah ketika tawaf.

Jawapan

Waalaikumsalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Tawaf merupakan salah satu daripada rukun haji dan umrah. Terdapat pelbagai jenis tawaf seperti Tawaf Ifadhah, Tawaf Umrah, Tawaf Wida’ dan selainnya.

Menurut istilah syara’ tawaf melakukan pusingan mengelilingi al-bait al-haram. Ibadah tawaf dilakukan dengan mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan berserta rukun dan wajibnya. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Maksudnya: dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu

(Surah al-Hajj, 29)

Syarat-Syarat sah Tawaf

Disimpulkan kenyataan Syeikh Zain bin Ibrahim Sumait dan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitab mereka berkenaan dengan syarat-syarat tawaf iaitu:

  1. Menutup aurat. Ia merupakan syarat tawaf sepertimana syarat sahnya solat.

  2. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian dan tempat

  3. Kedudukan kaabah mestilah di sebelah kiri

  4. Permulaan ibadah tawaf bermula dari hajar aswad. Mestilah merangkumi keseluruhan badan ketika permulaan tawaf di hajar aswad. Dan sekiranya sebaliknya maka tidak sah tawafnya

  5. Mestilah mencukupi tujuh pusingan. Dan sekiranya syak pada bilangannya maka ambillah bilangan yang sedikit seperti solat.

  6. Melakukan tawaf di dalam masjid. Dan sekiranya diluar kawasan masjid maka batal tawafnya. Sah sekiranya pada tingkat kedua dan sutuh (bumbung) masjid. Dan ini merupakan ijma’ ulama’.

  7. Mestilah diluar kawasan kaabah, Syazarwan dan Hijr Ismail. Disyaratkan melakukan tawaf diluar kawasan kaabah dengan keseluruhan anggota badannya.

(Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, 480)

Tawaf di Luar Kawasan Kaabah

Di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)

Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345)

Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:

صَلِّي فِي الْحِجْرِ إِذَا أَرَدْتِ دُخُولَ الْبَيْتِ فَإِنَّمَا هُوَ قِطْعَةٌ مِنَ الْبَيْتِ

Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah)

Riwayat Abu Daud (2028)

Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.

(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Kesimpulan

Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.

Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan