Detik-detik Tanah Runtuh Bawa Rumah Sekali Di India, Angka Korban Tak Diketahui
Satu kejadian tanah runtuh besar dilapor berlaku di kawasan Summer Hill, Shimla di India pada Rabu, hari ini lapor NDTV.
Menurut portal berita itu lagi, operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan sebaik kejadian berkenaan berlaku.
Difahamkan, pasukan penyelamat ketika itu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung angka korban mahupun kecederaan yang dilaporkan di kawasan bencana.
Dalam pada itu, beberapa video daripada lokasi kejadian turut menjadi tular di media sosial, khususnya di platform X.
Menerusi video-video yang dimuat naik oleh orang awam, jelas kelihatan satu kawasan bukit runtuh bersama beberapa kediaman.
Antara yang dapat dilihat menerusi rakaman berkenaan adalah beberapa struktur bangunan dua hingga tingkat yang runtuh bersama bukit tersebut.
Suara jeritan orang ramai, dipercayai penduduk di kawasan berkenaan juga dapat didengari dengan jelas menerusi video berkenaan.
Tiada laporan sama ada kediaman berkenaan berpenghuni ketika dibawa tanah runtuh tersebut.
Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di wilayah Shimla baru-baru ini
Terdahulu, kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku sejak beberapa hari lalu di kawasan berkenaan ekoran dilanda hujan lebat.
Memetik NDTV lagi, kira-kira lima hingga tujuh rumah musnah dalam insiden tanah runtuh yang berlaku di kawasan Krishna Nagar, Shimla semalam.
Operasi menyelamat yang dijalankan di kawasan bencana turut melibatkan kerahan anggota tentera dan beberapa aset ketenteraan.
Antara yang menghantar anggota ke kawasan bencana adalah Tentera Udara India yang diketuai 18 orang pegawai bagi membantu operasi menyelamat di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan tersebut, pihaknya turut menghantar sebuah helikopter jenis Chinook beserta jentolak ke kawasan terjejas.
Selain kerosakan harta benda dan sebagainya, pihak penyelamat juga bimbang bahawa ada mangsa atau penduduk yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.
Kejadian tersebut telah meragut sekurang-kurangnya 66 nyawa ketika hujan lebat yang menyebabkan bencana tanah runtuh di kawasan terbabit.
दिल दहला देने वाला ये वीडियो शिमला के कृष्णा नगर का है. हिमाचल प्रदेश से लगातार भूस्खलन की डरावनी तस्वीरें आ रही हैं. भगवान रक्षा करे 🙏 pic.twitter.com/pq97SsrfCV
— Utkarsh Singh (@UtkarshSingh_) August 15, 2023
Another visuals of landslide that Krishna Nagar- Shimla today pic.twitter.com/nKxuRCgLEw
— Go Himachal (@GoHimachal_) August 15, 2023
Menurut Ketua Menteri negeri, Sukhvinder Singh Sukhu berkata, lonjakan taburan hujan sebanyak 157 peratus sejak empat hari lalu menjadi punca kepada bencana yang melanda kawasannya.
Katanya lagi, hujan lebat dan tanah runtuh juga menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang berlaku. Setakat ini, pihak berkuasa merekodkan sekurang-kurangnya 500 kejadian pokok tumbang.
Kejadian pokok tumbang juga dikhuatiri mendatangkan bahawa kepada penduduk tempatan.
BACA: Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali
Sumber: NDTV