Siakap Keli
Wanita Facebook Kongsi Cara Cuci Kain Lap Dengan Sangat Bersih
Kredit: Facebook

Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali

Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali

Kain lap atau bahawa kasarnya ‘kain buruk’ merupakan antara benda yang lazim ada dalam sesebuah rumah. Biasanya, kain lap yang digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan perca-perca kain dari pakaian mahupun tuala lama.

Normalnya, kain lap diletakkan di dapur kerana fungsinya untuk mengelap sisa-sisa tumpahan atau percikan daripada kuali ketika memasak.

Selain itu, kain lap juga digunakan untuk mengeringkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam rak atau tempat simpanannya.

Setiap hari, kita akan menggunakan kain lap sekurang-kurangnya sehelai hingga dua helai. Bagaimanapun penggunaannya berbeza-beza bergantung kepada aktiviti di dapur.

Sudah semestinya, kain lap akan menjadi buruk dan kotor kerana fabriknya memerangkap segala kotoran ketika membersihkan permukaan dapur.

Tidak hairan, air basuhan kain lap ini biasanya berwarna keruh dan sangat gelap. Sampaikan kita tidak dapat melihat dasar baldi langsung.

Seorang pengguna Facebook berkongsi tip bagaimana mahu membersihkan kain lap supaya kembali kepada keadaan sedia kala dan boleh digunakan semula.

Menurut Ellie Hj Darus sudah menjadi kebiasaan kain lap yang kotor hanya direndam di dalam baldi bersama sabun untuk tempoh tertentu, misalanya semalaman sebelum dicuci.

Namun adakalanya, kita terlupa dan rendaman menjadi bermalam-malam sehinggakan air rendaman tersebut berlendir dan mengeluarkan bau yang kurang enak.

Menurut Ellie, kain lap sepatutnya dicuci setiap hari. Macam Ellie sendiri, dia akan membasuh kain lap di rumahnya setiap hati pada waktu petang.

Cara cuci kain lap sehingga menjadi sangat bersih

Untuk memulakan operasi mencuci kain lap, sediakan sebiji periuk khas. Masukkan air dan sabun pencuci. Bagi Ellie, dia lebih suka menggunakan sabun basuh baju jenis serbuk.

Selepas itu, tambahkan sikit serbuk soda bikarbonat ke dalam campuran air sabun tadi dan sebatikannya dengan cara mengacau larutan tersebut.

Kemudian, panaskan larutan tersebut dan masukkan kain lap ke dalam periuk tadi. Rebus larutan tersebut bersama kain buruk dalam masa 10 minit.

kain lap buruk cuci bersih
Kredit: Facebook

Apabila selesai, tutup api dan buang air cucian ke dalan sinki. Buka air paip dan bilas kain lap tersebut dan pada masa yang sama, berus kain tersebut dengan ‘manja’.

Setelah diyakini bersih, perahkan kain lap tersebut dan sidai pada tempat-tempat yang hangat dan memiliki pengudaraan yang baik. Bukan lagi ‘kain buruk’, kain lap anda akan menjadi bersih dan wangi.

Selamat mencuba.

BACA: Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Sumber: Ellie Hj Darus via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma