Siakap Keli
cawan plastik langsir eyelet
Kredit; Facebook

Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Langsir merupakan salah satu perhiasan rumah yang mempunyai banyak fungsi, lebih daripada sekadar perhiasan semata-mata.

Ketika memilih langsir, selain faktor kecantikan dan kesesuaian rekaan tingkap atau pintu rumah, langsir yang dipilih juga mesti mampu melindungi ruang dalam rumah daripada panas dengan baik. Selain itu, langsir yang baik juga mampu melindungi privasi dalam rumah dengan baik daripada diintai dari luar.

Terdapat banyak pilihan dan jenis langsir dalam pasaran, namun yang biasa menjadi pilihan orang ramai adalah langsir jenis eyelet atau lubang.

Selain rekaannya yang ringkas, langsir eyelet juga kelihatan lebih moden dan menaikkan seri dalam rumah agar tampak lebih mewah.

Jika diperhatikan dari segi jahitan, jahitan langsir jenis eyelet juga kemas. Bukan itu sahaja, antara faktor mengapa langsir jenis begitu popular adalah cara pemasangan yang begitu mudah dan praktikal.

Anda sudah lagi tidak perlu meletakkan cangkuk pada langsir serta mengira ‘berapa selang’ agar lipatan pada kepala langsir kelihatan kemas dan sekata.

Untuk makluman, langsir jenis ini menggunakan gelung cincin yang dipasang pada lubang berbentuk bulat.

Seorang pengguna Facebook, Lia Johari baru-baru ini berkongsi satu tips ringkas bagaimana mahu menjadikan langsir eyelet yang dipasang berombak elok.

Jika salah cara pemasangannya, kepala langsir selalunya akan kelihatan senget dan tidak beralun cantik. Sudah semestinya, permandangan tersebut menyakitkan kedua-dua hati dan mata.

Sebenarnya ada helah mudah, cara susun langsir eyelet guna cawan plastik

Menariknya, helah ini hanya memerlukan satu barang sahaja iaitu cawan plastik bagi memastikan lipatan alun langsir kelihatan sekata.

“Sakit mata apabila melihat susunan atau gelembung langsir eyelet tidak sekata, kan?

“Saya kongsikan cara jimat dengan buat sendiri atau DIY curtain devider dengan menggunakan cawan plastik ” ujar Lia Johari.

Kredit: Facebook

Berikut langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

1. Belah dua cawan berkenaan dan potong bahagian bawahnya berbentuk bulat bagi memudahkannya untuk masuk ke dalam rod langsir.

Kredit: Facebook

2. Selepas itu, letakkan cawan tersebut pada rod langsir di setiap bahagian kain langsir yang memeiliki gelembung.

cawan plastik langsir eyelet
Kredit: Facebook

3. Sebelum ini, kepala langsir kelihatan agak senget sana sini. Apabila ditiup angin, kepalanya asyik bergerak dan susunan asalnya sudahpun hilang.

cawan plastik langsir eyelet
Kredit: Facebook

4. Beginilah hasilnya selepas langsir disusun dengan menggunakan cawan plastik.

cawan plastik langsir eyelet

Dengan cara ini, anda juga boleh menggunakan cawan plastik yang telah digunakan bagi mengelakkan pembaziran.

BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya

Sumber: Lia Johari

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma