Kanak-Kanak Hilang Sebelah Kaki, Digilis Trak Ketika Selamatkan Kucing Di Jalan
Seorang kanak-kanak perempuan, Nabila Febrianti kehilangan satu kaki akibat digilis ketika mahu menyelamatkan seekor kucing. Kejadian itu berlaku ketika dia cuba menyelamatkan kucing miliknya yang sedang bermain di jalan raya berdekatan rumahnya di Sumatera Utara, dua minggu lalu.
Walau bagaimanapun, ketika dia melintas jalan dan mahu menyelamatkan kucingnya, pada masa yang sama sebuah trak melintasi kawasan berkenaan.
Sebelah kaki Nabila digilis trak berkenaan hingga mengalami kecederaan parah. Menyedari tragedi itu berlaku, pemandu trak itu kemudian bergegas membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital untuk menerima rawatan.
Nabila seterusnya dirujuk ke Hospital Rantauprapat untuk mendapatkan rawatan intensif susulan kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut ibu mangsa, Yulianti, kecederaan parah itu dialami pada bahagian kaki kanan anaknya, manakala kaki kirinya pula hanya mengalami kecederaan kecil.
Kanak-kanak hilang sebelah kaki, digilis trak ketika selamatkan kucing
“Akibat digilis trak, kakinya mengalami kecederaan serius dan perlu dipotong,” ujar ibunya.
Pengorbanan Nabila yang ingin menyelamatkan seekor kucing hingga kehilangan kaki ternyata menjadi tular di seluruh Indonesia dan menarik perhatian banyak pihak.
Antara yang hadir menziarahi kanak-kanak tersebut termasuklah Ketua Balai Polis Labuhanbatu, Komisioner Kanan Polis James Hasudungan Hutajulu.
Menurut laporan Tribun News, kehadiran pasukan polis itu bertujuan untuk memberi sokongan dan mendoakan kecederaan dialami Nabila segera pulih.
“Kami menyokong Nabila, dan menyarankan agar kekal bersemangat dan jangan serta tidak pernah berputus asa. Ini bukan perakhiran buat segala-segalanya,” kata wakil polis.
Aksi heroik Nabila turut membuatkan Menteri Pertahan kagum
Selain itu, tragedi berkenaan turut menarik perhatian Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto yang berkesempatan menziarahi kanak-kanak berkenaan.
Dikenali sebagai pencinta kucing, menteri utama kerajaan Indonesoa itu difahamkan menziarahi Nabila ketika dia menerima rawatan di hospital.
Prabowo turut berkongsi pengalaman bertemu Nabila menerusi akaun Instagramnya.
Selain memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak berkenaan, difahamkan Prabowo turut menghulurkan bantuan berupa bantuan rawatan kepada Nabila.
Kanak-kanak itu kini dihantar menjalani rawatan intensif di Pusat Rehabilitasi Kementerian Pertahanan Dr Suyoto Bintaro.
Ayah Nabila, Ade Pristian turut menyampaikan mengucapkan terima kasih kepada Prabowo di atas bantuan yang dihulurkannya.
“Tanpa dia, mungkin anak saya tidak akan mendapat rawatan seperti ini. Semua kemudahan ini datang dari Bapak Prabowo Subianto,” katanya.
BACA: Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok
Sumber: Tribun News Medan