Siakap Keli
fathia latiff peguam
Kredit: Instagram

“Kerani, Bukan Peguam”, Fathia Latif Jelaskan Pekerjaan Sebenar, Mohon Maaf Jika Keliru

“Kerani, Bukan Peguam”, Fathia Latif Jelaskan Pekerjaan Sebenar, Mohon Maaf Jika Keliru

Baru-baru ini, tular laporan mengenai seorang pelakon, Fathia Latif yang dikatakan beralih arah daripada dunia hiburan dan kini bergelar seorang peguam.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan tampil memberi penjelasan serba sedikit berkenaan kerjaya baharu yang dikaitkan dengan beliau.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi, Fathia menafikan bahawa beliau merupakan seorang peguam. Sebaliknya menurut Fathia, beliau hanyalah seorang kerani yang berkhidmat di sebuah firma guaman.

”Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. Saya bukanlah seorang peguam bertauliah seperti difahami dan digambarkan oleh sebahagian pihak.

”Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan dimana saya telah terlepas pandang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada semua pihak sekiranya kenyataan dibuat sebelum ini mengelirukan.

”Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

Menjengah ke ruang komen hantaran tersebut, rata-rata pengikutnya memahami penjelasan yang diberikan dan mendoakan kejayaan pelakon wanita itu, tidak kira apa pun pekerjaan yang dilakukannya ketika ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Sebelum ini, pelakon wanita tersebut telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya, menunjukkan dirinya sedang menceburi kerjaya baharu.

Dalam gambar tersebut, Fathia telah mengenakan tudung berwarna perang dan sedang duduk di tempat bertugasnya. Ketika gambar tersebut diambil, dirinya sedang memeriksa dokumen-dokumen, dipercayai fail-fail untuk gal ehwal guaman.

Sebelum ini, beliau dipercayai meletakkan kapsyen hantaran tersebut sebagai “officially a legal practioner (menjadi pengamal undang-undang secara rasmi”.

Walau bagaimanapun, beliau telah mengemas kini hantara tersebut dengan kapsyen terbaru kepada “officially a legal assistant”.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Nur Fathia binti Abdul Latiff (35) dikenali dengan lakonannya yang mantap dalam beberapa drama bersiri seperti Nur Kasih (2009), Diandra (2013), Ariana Rose (2014) dan lain-lain lagi.

Lakonannya yang mantap dalam drama Diandra telah melayakkannya meraih gelaran Pelakon Wanita Pilihan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014.

Beliau turut meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 menerusi lakonannya dalam filem Darah Panas (2015)

BACA: Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali

Sumber: Fathia Latiff via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.