Siakap Keli
kanak-kanak ubat nyamuk seni comel
Kredit: Facebook

Kreatif, Budak Jadi Viral Selepas Hasilkan Pelbagai Karya Seni Pakai Ubat Nyamuk

Kreatif, Budak Jadi Viral Selepas Hasilkan Pelbagai Karya Seni Pakai Ubat Nyamuk

Kanak-kanak memang tidak dapat dinafikan mempunyai daya imaginasi yang kuat serta minda yang kreatif. Walaupun pada hari ini, dengan segala gajet dan peranti elektronik yang ada, naluri semula jadi mereka yang gemar berinteraksi dengan persekitaran tetap ada.

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak mampu menukar apa sahaja barang yang ada di depan mata menjadi satu permainan yang menghiburkan.

Sebagai contoh, kusyen berbentuk petak pada kerusi di tuang tamu sering dijadikan sebagai bangunan atau kubu pertahanan ketika main perang-perang.

Selain itu, beberapa bahan semula jadi seperti pelepah pinang digunakan untuk menjadi sebahagian daripada permainan tradisional ‘tarik upih’.

Sama juga dengan kisah seorang kanak-kanak yang menjadi tular di China baru-baru ini. Kanak-kanak berkenaan dilihat mencurahkan kretivitinya menghasilkan karya seni yang sangat comel dengan hanya menggunakan ubat nyamuk.

Kanak-kanak china ubat nyamuk seni comel
Kredit: Facebook

Menerusi beberapa keping foto yang tular, pelbagai karakter berjaya dibentuk dengan hanya menggunakan serpihan lingkaran ubat nyamuk yang dipatah-patahkan.

Antara karakter-karakter yang dihasilkan kanak-kanak tersebut termasuklah karakter babi, orang lidi yang bersifat ekspresif dan lain-lain lagi.

Foto-foto berkenaan turut dimuat naik sebuah kumpulan facebook tempatan di Malaysia dan menuai pelbagai komentar daripada warga maya.

Reaksi warga maya

Kebanyakan pengguna media sosial merasa kagum dengan kemahiran yang dimiliki kanak-kanak itu, tanpa mempersoalkan berkenaan jumlah ubat nyamuk yang dibazirkan untuk menghasilkan hasil seni itu.

“Jika ini anak lelaki saya, saya akan gembira. Saya akan membeli lebih banyak kotak ubat nyamuk untuk dia bermain,” salah seorang pengguna media sosial berkata.

“Jika anak saya memiliki bakat seperti ini, saya akan pastikan bakat mereka dipupuk sejak kecil demi masa depan mereka” kata pengguna lain.

Memang sahlah, minda kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan mereka boleh menjadi artis dalam sekelip mata, kan?

BACA: Tak Perlu Rendam & Sental, Cara Mudah Basuh Kain Lap, Kotoran Semua Hilang & Wangi Kembali

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.