Siakap Keli
Polis kesan remaja lelaki hilang
Kredit Facebook/Polis Daerah Ipoh

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Sejak Julai Lalu

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Sejak Julai Lalu

IPOH, 16 Ogos (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 30 Julai lalu di Taman Desa Kebudayaan, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata laporan kehilangan Pang Sin Siang, 15, yang bertubuh gempal dan berkulit cerah, dibuat oleh ibunya pada 31 Julai lalu di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini.

“Sebelum ini, remaja tersebut pernah menyuarakan niatnya untuk berhenti sekolah dan mahu mengikut rakannya bekerja di Kuala Lumpur namun perkara itu tidak diendahkan kedua-dua ibu bapanya.

“Kehilangannya hanya disedari pada 30 Julai lalu selepas dia tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh kedua ibu bapanya hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Justeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka