Siakap Keli
Teka-teki TKM I & TKM II
Kredit Astro Awani

Teka-Teki TKM I & TKM II Terjawab, Ini Senarai Penuh Exco Pulau Pinang

Teka-Teki TKM I & TKM II Terjawab, Ini Senarai Penuh Exco Pulau Pinang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang I dan II, lapor Astro Awani.

Kedua-dua ADUN tersebut telah mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada hari ini.

Istiadat angkat sumpah tersebut turut disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Selain itu, turut hadir adalah isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Khadijah Mohd Nor dan Tan Lean Kee, isteri Kon Yeow.

Pelantikan Mohamad, 49, telah menamatkan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini di mana ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang akan dilantik ke jawatan tersebut.

Selain Mohamad dan Jagdeep, seramai tujuh muka baharu juga telah mengangkat sumpah bagi menggalas tanggungjawab untuk tempoh lima tahun akan datang.

Mohamad yang juga Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang juga diberikan tanggungjawab lain.

Beliau turut akan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat.

Sementara itu, Jagdeep yang dilantik sebagai TKM II turut akan mengetuai jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Berikut adalah senarai Exco baharu yang dilantik:

1) Chow Kon Yeow ( ADUN Padang Kota)

* Ketua Menteri

* Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi

2) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid ( ADUN Batu Maung)

* Timbalan Ketua Menteri I

* Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat

3) Jagdeep Singh Deo ( ADUN Datok Keramat)

* Timbalan Ketua Menteri II

* Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi

4) Rashidi Zinol ( ADUN Sungai Acheh)

* Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar

5) Zairil Khir Johari(ADUN Tanjong Bunga)

* Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital

6) Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)

* Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

7) Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang)

* Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam

8) H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)

* Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa

9) Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)

* Belia, Sukan dan Kesihatan

10) Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)

* Perumahan dan Alam Sekitar

11) Fahmi Zainol(ADUN Pantai Jerejak)

* Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi

Barisan Exco Pulau Pinang bagi penggal baru kali ini terdiri daripada lapan ADUN dari DAP, dua PKR dan satu BN.

Majlis istiadat angkat sumpah dilakukan di Dewan Sri Pinang, George Town kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 kerusi Parlimen.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.