Siakap Keli
young syefura johari harun
Kredit: Facebook

Exco Pahang Antara Terkorban, YB Rara Sebak “Baru 2 Hari Lepas Jumpa, Bincang Soal Pembangunan”

Exco Pahang Antara Terkorban, YB Rara Sebak “Baru 2 Hari Lepas Jumpa, Bincang Soal Pembangunan”

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun dilapor antara mangsa yang terkorban dalam insiden pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini.

Difahamkan, Allahyarham merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau untuk Dewan Undangan Nergeri (Dun) Pahang.

Berita pemergian yang berlaku tanpa diduga ini sudah semestinya memberikan kejutan kepada orang ramai, termasuklah rakan sekerjanya.

Rasa terkejut tersebut turut dikongsikan oleh rakan sekerja, YB Young Syefura Othman melalui satu hantaran Facebook sebentar tadi.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Datuk Seri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai,” katanya.

Menurut YB Young Syefura, berita itu amat mengejutkan dirinya apatah lagi beliau baru sahaja bertemu dengan Allahyarham pada dua hari lepas.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak.”

Pada akhir hantaran di Facebook itu, YB Young Syefura sempat menitipkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

https://www.facebook.com/youngsyefura/posts/pfbid023i2eLVtjPeXnn5spqvLos1twRTJ7Kv7TKU7FpSr7psu11W8DFnyEJNwySAENu2BUl

Hantaran Facebook terakhir Dato’ Seri Johari, bukti arwah berkeja hingga hembusan nafas terakhir

Berdasarkan hantaran Facebook terakhir yang dikirimkan menerusi halaman rasmi Dato’ Seri Johari Harun, beliau telah berkongsi berkenaan intipati perjumpaannya dengan Ahli Parlimen terbabit semalam.

“Semalam saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPD) Bentong Kali-6 bagi tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong.”

Jelasnya, mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan perkara melibatkan perancangan pembangunan, pembentangan laporan gerak kerja prestasi projek yang sedang dijalankan di daerah Bentong.

Selain itu, pertemuannya tersebut bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu aduan rakyat yang diterima berkenaan kemudahan awam.

“Semoga segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan sentiasa dipermudahkan olehNya dan mendatangkan banyak kebaikan untuk kemakmuran negeri Pahang. In Shaa Allah.”

“Terima kasih kepada ahli jawatankuasa, urusetia dan semua yang hadir.” jelas arwah dalam satu hantaran terakhirnya di Facebook.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0coBMqCkR4RDiCP7cE8Ks61i98vkbPMPQY12HQMvVmAwYwgM65nbwTtQrkQrBeMRwl&id=100087355126478

BACA: Pesawat Terhempas Di Elmina Jenis Beechcraft Premier 1, Dinaiki 6 Penumpang & 2 Kru

Sumber: Young Syefura Othman & Dato’ Seri Johari Harun via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.