Siakap Keli
tebar roti canai
Kredit: @poksuengkorang/TikTok

“Excited Dah Tunggu Terbangnya…” Lelaki Tebar Roti Canai Buat “Plot Twist” Bikin Pecah Perut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Excited Dah Tunggu Terbangnya…” Lelaki Tebar Roti Canai Buat “Plot Twist” Bikin Pecah Perut

Roti canai adalah makanan kegemaran rakyat di negara ini, lebih-lebih lagi jika dimakan pada waktu sarapan, keenakannya pasti terasa sampai ke tengahari.

Pun begitu, makanan itu boleh dinikmati sama ada pada waktu pagi atau waktu malam, bergantung mengikut selera masing-masing.

Untuk menjadi seorang penebar roti canai, anda mestilah mempunyai kemahiran dalam menebar, walaupun nampak senang, namun caranya tidak mudah untuk dilakukan.

Kemungkinan ramai yang akan cuba mempraktikkan cara menebar itu menggunakan baju, mengikut babak epik dalam filem Lagi-lagi Senario yang dilakonkan Wahid Senario.

Dalam babak tersebut, Wahid menggunakan baju yang sedang dicuci menggunakan tangan untuk belajar menebar.

Akan tetapi, cara tebaran akan menjadi mudah jika ia dilakukan menggunakan doh roti canai dan dibuat di tempat yang betul.

BACA: “Sila Jaga Adab”, UiTM Larang Graduan Beri Isyarat Kepada Penganugerah Untuk Pandang Kamera

Ingatkan nak ajar, sekali…

Bagaimanapun, seorang penebar @poksuengkorang di TikTok telah berkongsi cara untuk menebar roti canai dengan betul.

Katanya, atas permintaan ramai dia mula menunjukkan bagaimana dia menebar roti canai di kedai miliknya.

Lebih menarik, cara yang digunakan ini berlainan dengan penebar yang lain memandangkan ia mengikut gayanya yang tersendiri.

Pada permulaan, dia menebar seperti penebar biasa secara berulang kali.

Kredit: @poksuengkorang/TikTok

Dengan mukanya yang serius dia menebar roti canai dan secara tiba-tiba dia meletakkan roti canai itu ke bawah dan membentukkan tangannya menjadi rama-rama.

Kredit: @poksuengkorang/TikTok

“Atas permintaan ramai, Roti Canai Terbang Poksu Style!” tulis kapsyen itu.

Walaupun perbuatan itu mencuit hati, namun demi mengekalkan imejnya penebar tersebut meneruskan aksi itu tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

“Semangat dah nak tengok…”

Tindakan itu kemudiannya mengejutkan ramai orang susulan ia adalah perbuatan yang tidak dijangka.

Perkara itu menghiburkan warga maya susulan pergerakan spontannya yang langsung tidak seiring dengan wajahnya yang serius.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen mengatakan perbuatannya itu langsung tidak dijangka.

“Adui aku dah teruja nak tengok, sekali hahahaha,” komen salah seorang warga maya sambil meninggalkan emoji ketawa di belakang ayat.

“Muka tak relaks,” ujar warga maya.

“Aku semangat nak tunggu roti canai itu terbang tau hahaha,” kata warga maya lagi.

@poksuengkorang

Atas Permintaan… Roti Canai Terbang Poksu Style!! #ParitPulai #fypシ #fyp #BLK #KariKambing #RSB #WarungYusuf #FirdausYusuf

♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Black Bull RM LIVE

Sumber: @poksuengkorang/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.