Siakap Keli
graduan isyarat pandang kamera
Kredit: @uitm_channel/TikTok

“Sila Jaga Adab”, UiTM Larang Graduan Beri Isyarat Kepada Penganugerah Untuk Pandang Kamera

“Sila Jaga Adab”, UiTM Larang Graduan Beri Isyarat Kepada Penganugerah Untuk Pandang Kamera

Apabila tiba waktu konvokesyen, perkara pertama yang berada di dalam fikiran semestinya mahu kelihatan cantik semasa gambar ditangkap di atas pentas bersama penganugerah.

Maka bermulalah sesi penyelidikan untuk mencari cara persediaan konvokesyen yang dikongsikan oleh alumni universiti di media sosial.

Pun begitu, walaupun warga maya telah berkongsi tips mengenai perkara yang perlu dilakukan semasa konvokesyen terutama sekali ketika berada di atas pentas, namun tidak semua yang dikongsi perlu diikut.

Graduan perlu beradab, tak beri isyarat kepada penganugerah pandang kamera

Tips yang dilarang adalah memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang kamera ketika menerima skrol.

Perkara itu turut diketengahkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), di mana institusi tersebut turut menasihatkan agar para graduan lebih beradab ketika menerima skrol bersama penganugerah.

Dalam satu video, UiTM menegaskan para graduan perlu menghormati istiadat konvokesyen dengan melakukan perkara yang tidak memberikan masalah.

Kredit: @uitm_channel/TikTok

“Perhatian, para graduan tidak dibenarkan memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang ke arah kamera semasa menerima ijazah atau diploma.

“Sila jaga adab dan hormati penganugerah serta istiadat konvokesyen universiti,” tulisnya dalam video itu.

UiTM turut memaparkan cara yang tidak beradab yang pernah dilakukan oleh salah seorang graduan ketika berada di atas pentas.

Kredit: @uitm_channel/TikTok

Video contoh itu menunjukkan seorang graduan membuat isyarat tangan menghala kepada kamera supaya penganugerah memandang kamera.

Walaupun isyarat tersebut nampak biasa, namun ia berada di dalam kategori tidak beradab susulan istiadat itu merupakan majlis rasmi institusi.

@uitm_channel

Hormati #istiadatkonvokesyenuitm97 #konvo97 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

BACA: Graduan UiTM, Hadirin Nyanyi Ulang Tahun Untuk Raja Permaisuri Agong

Elak lakukan pergerakan sebabkan gambar rosak

Dalam pada itu, jurugambar rasmi pentas istiadat konvokesyen UiTM @zahiralauddinhamid berkongsi kepada orang ramai cara untuk mendapatkan gambar yang cantik semasa menerima skrol.

Jelasnya, gambar akan diambil semasa graduan menyentuh skrol yang diberikan oleh penganugerah.

Disebabkan itu, sebagai penerima kita perlu merancang apa yang perlu dilakukan supaya tindakan yang akan diterjemahkan dalam gambar kelihatan cantik.

Menurutnya, para graduan mestilah mengelakkan daripada tunduk sewaktu kejadian.

@zahiralauddinhamid

SENTUH SKROL, KAMI SNAP! Ya, apabila anda menyentuh sahaja skrol, waktu itulah gambar anda akan diambil Jadi anda perlu merancang & tahu pose terbaik pilihan anda pada waktu tersebut Elakkan dari tunduk sambil ucapkan terima kasih macam orang jepun Elakkan pergerakan2 yang boleh menyebabkan gambar anda rosak seperti mata terpejam, mulut muncung, mata putih, pandang ke arah yang salah, motaboard tercabut, rambut berjurai hingga menutuh seluruh muka, tali tassel berayun menutup mata dsb Ingat peranan anda Sentuh sahaja skrol, gambar anda diambil! Anda yang menentukan #officialphotographer #istiadatkonvokesyenuitm #istiadatkonvokesyenuitm97 #datcuitmshahalam #uitmdihatiku #uitm #uitmshahalam #fyp @UiTM PHOTO CENTRE @UITM PHOTO CENTRE TERBAIK!!! @Universiti Teknologi MARA

♬ original sound – Zahir Alauddin Hamid – Zahir Alauddin Hamid

Elakkan pergerakan yang boleh menyebabkan gambar anda rosak seperti mata terpejam, mulut muncung, mata putih, pandang ke arah yang salah, motaboard tercabut, rambut berjurai hingga menutuh seluruh muka, tali tassel berayun menutup mata dan sebagainya,” ujarnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah memaparkan senyuman manis dan mengucapkan terima kasih kepada penganugerah serta elakkan memberi isyarat kepada penganugerah.

Perlu diingat bahawa graduan yang memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang cantik. Semoga bermanfaat.

Sumber: @uitm_channel/TikTok,

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana