Siakap Keli

Jom Sertai ‘Moonlit Garden’ InterContinental Kuala Lumpur Di Pertengahan Musim Luruh Ini

Kunjungilah ‘Moonlit Garden’ InterContinental Kuala Lumpur semasa Pertengahan Musim Luruh, sambil mengutamakan kelestarian

11 Ogos 2023 (Kuala Lumpur, Malaysia): Untuk Pertengahan Musim Luruh, InterContinental KL mempersembahkan tema Taman Sinaran Bulan (‘Moonlit Garden’) yang memperagakan pelbagai jenis kek bulan yang dibuat khas daripada Tao Chinese Cuisine, pemegang anugerah ‘Best Muslim-Friendly Chinese Restaurant’ dari Malaysia Tourism Award.

Pada tahun ini, koleksi kedua-dua kotak ‘Moonlit Waters’ dan ‘Moonlit Blossoms’ dihasilkan sepenuhnya daripada buluh semula jadi. Kotak-kotak ini dihiasi dengan ukiran halus ikan koi; yang mewakili taman koi subur di hotel ini, serta motif bunga sakura; pelambangan harapan dan pembaharuan, yang tertera pada panel kaca berkilauan yang mengusung pintu masuk ke Tao.

Selaras dengan inisiatif ‘Journey to Tomorrow’ oleh IHG Hotels & Resorts, isu kelestarian akan diutamakan dalam setiap sambutan bagi tahun 2023. Menurut Meera Raj, Pengurus Besar, “Di tengah keterujaan, pihak kami akan bertekad untuk membawa impak yang kekal abadi kepada alam semulajadi serta masyarakat keseluruhannya.”

Keperincian pahatan serta gambaran di atas kotak buluh semula jadi kami memberi peringatan untuk berganding bahu demi menjaga alam persekitaran. Ini demi memastikan bahawa kita akan dapat menikmati bukan sahaja sinaran cahaya bulan purnama, tetapi juga nilai kemesraan alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

Pilihan ‘Moonlit Garden’ memaparkan rekaan inovatif hasil kerja tangan Chef Lo, Ketua Jurumasak Dim Sum Tao. Hasil ciptaan beliau yang menggabungkan tradisi dengan inovasi, dengan mencampuradukkan kegemaran klasik dengan kacukan yang terbaharu, merupakan sifat yang amat unik.

Permata tahun ini termasuk Musang King Durian Snow Skin with Oats – dibuat dengan durian Musang King premium yang berkrim, Baked Almond Purple Sweet Potato Skin with Pandan Paste – gabungan perisa ubi keledek yang kaya dengan antioksidan semula jadi, serta kegemaran ramai, Butterfly Pea Flower Snow Skin with Bird’s Nest and White Lotus Paste – diselitkan dengan sarang burung yang tinggi dengan kolagen untuk kulit cantik.

Boleh disesuaikan sepenuhnya dengan kuih bulan pilihan anda, ‘Moonlit Waters’ datang dalam set 2 kek bulan, manakala set ‘Moonlit Blossoms’ datang dengan 4.

Kotak Hadiah

● Classic Moonlit Waters – RM138 untuk mana-mana 2 Kuih Bulan
● Premium Moonlit Waters – RM168 untuk mana-mana 2 Mooncakes
(tidak termasuk Musang King Snow Skin & Butterfly Pea Flower Snow Skin)
● Classic Moonlit Blossoms – RM178 untuk mana-mana 4 Kuih Bulan
● Premium Moonlit Blossoms – RM228 untuk mana-mana 4 Kuih Bulan (tidak termasuk Musang King Snow Skin & Butterfly Pea Flower Snow Skin) ● Luxe Moonlit Blossoms – RM288 untuk mana-mana 4 Kuih Bulan (didatangkan dengan 2 sachet Teh Hitam Tao Signature dibalut dengan kain Furoshiki dan beg tote)

Atau nikmati kepingan tunggal a-la-carte:

Baked Skin Mooncakes (Halal)
● Almond & Sweet Potato with Pandan & Mung Bean – RM40
● White Lotus Paste with Single Yolk – RM40
● White Lotus Paste with Nuts – RM40
● Red Bean Paste with Nuts – RM40
● Traditional Mixed Nut – RM42

Snow Skin Mooncakes
● Musang King Durian with Oats – RM61
● Butterfly Pea Flower with Bird’s Nest & White Lotus Paste – RM45
● Roselle with Red Date Paste, Tangerine & Nuts – RM45
● Seaweed & Single Yolk with Green Tea, Mixed Fruits & Nuts – RM45
● Pandan with Single Yolk & Sweet Corn Paste – RM45

‘The Moonlit Garden’ kini tersedia untuk pembelian di lobi hotel atau atas talian di intercontinentalklshop.com dari sekarang hingga 29 September 2023.

*Semua maklumat adalah tepat pada masa pelancaran siaran akhbar. Butiran promosi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Hubungi InterContinental KL di laman web, Facebook & Instagram, @intercontinental.kualalumpur

Amira

Love yourself.