Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Arwah Muhamad Hafiz Rider Terbaik Kami – Foodpanda

Nur Syahirah Zainoor Hisham
muhamad hafiz foodpanda elmina
Kredit: Facebook

Arwah Muhamad Hafiz Rider Terbaik Kami – Foodpanda

Syarikat penghantaran makanan atas talian, Foodpanda turut mengucapkan takziah di atas pemergian Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.

Allahyarham merupakan penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat ringan terhempas di Elmina semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, syarikat tersebut mengesahkan mangsa adalah ‘rider’ di bawah syarikat berkenaan.

Foodpanda turut memuat naik poster serta ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita, Muhamad Hafiz telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina pada Khamis.

Dalam hantaran yang sama, syarikat tersebut sempat memberikan pengiktirafan kepada arwah sepanjang berkhidmat di bawah syarikat tersebut.

“Beliau merupakan rider terbaik Foodpanda.”

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh mangsa maut termasuk dua orang awam.

Dua orang awam, termasuklah arwah Muhamad Hafiz pengguna jalan raya yang melalui jalan di lokasi kejadian ketika nahas itu yang berlaku pada pukul 2.40 petang.

Nahas turut mengorbankan seorang ADUN

Selain orang awam, nahas yang melibatkan pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Berita pemergian ADUN Pelangai itu turut dirasai rakan sekerjanya termasuk YB Young Syefura Othman yang memuat naik satu hantaran di Facebooknya sebaik mendapat perkhabaran duka tersebut.

Menurut YB Young Syefura, berita itu amat mengejutkan dirinya apatah lagi beliau baru sahaja bertemu dengan Allahyarham pada dua hari lepas.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak.”

Pesawat peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

BACA: Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Sumber: Foodpanda via Facebook