Siakap Keli
PN logo tema hari kebangsaan
Kredit: Facebook

Pemuda PN Perkenal Cadangan Tema & Logo Hari Kebangsaan Ke-66 Bagi PN

PN Perkenal Cadangan Tema & Logo Hari Kebangsaan ke-66

Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini mengemukakan cadangan tema dan logo Hari Kebangsaan bagi PN yang didakwa untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia.

Perkaran berkenaan dimaklumkan oleh Pemuda PN menerusi satu hantaran Facebook sebentar tadi.

Ketua Pemuda PN, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata logo tersebut didatangkan empat warna yang mewakili warna Jalur Gemilang.

“Warna biru dengan kod warna: Prussian Blue yang merupakan warna bendera Perikatan Nasional (PN) membawa maksud perpaduan.
“Warna putih dengan kod warna: Water White yang paling ringan di mata membawa maksud kesucian.
“Warna kuning dengan kod warna: Selective Yellow, warna paling menonjol dan berseri membawa maksud kedaulatan.
“Warna merah dengan kod warna: Guardsaman Red yang ringan di mata tetapi menawan, membawa maksud keberanian.”

Beliau turut menegaskan elemen paling penting dalam logo ini adalah bunga raya iaitu, bunga kebangsaan di Malaysia.

“Manakala, elemen paling utama yang terdapat pada logo iaitu Bunga Raya yang merupakan bunga kebangsaan lebih memanifestasikan lagi erti pada logo “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” ini.”

Manakala tema yang dicadangkan pula adalah ”Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”.

Jelasnya, lima kelopak bunga mewakili setiap lima Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di Malaysia selepas merdeka selama 66 tahun.

Bukan itu sahaja, hasil geometri yang membentuk kelopak bunga raya itu menunjukkan kesediaan rakyat Malaysia untuk mengadaptasi dalam menempuh cabaran semasa.

“Selain itu, bulatan orang pada logo dengan tangan terbuka luas atas tanda kesyukuran dan keterbukaan yang melambangkan muafakat dan kesejahteraan.”

Tambahnya, pemilihan tulisan Poppin Typeface yang kelihatan gah, profesional dan mudah dibaca ini melambangkan kesediaan gabungan parti politik itu untuk membawa rakyat Malaysia ke arah kemajuan.

Akhir sekali, Ketua Pemuda Perikatan Nasional berkata bahawa rekaan logo ini dihidupkan lagi dengan mengambil elemen Jalur Gemilang dan logo Bulan Bintang.

Elemen-elemen ini membawa maksud kedaulatan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama rasmi dan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.

Katanya, penerapan  elemen ini dapat menterjemahkan semangat patriotik dan kecintaan pada negara yang tidak berbelah bahagi.

BACA: Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Sumber: Pemuda Perikatan Nasional via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.