Siakap Keli
pesawat Beechcraft Premier 1
Kredit: Global Air

Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Semalam, kita dikejutkan dengan insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam yang meragut 10 nyawa.

Menurut CAAM, pesawat yang terhempas dalam kejadian kira-kira 2.49 petang itu merupakan pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 dengan nombor pendaftaran N287V.

Astro Awani dalam pada itu melaporkan Beechcraft Premier 1 mempunyai kelajuan maksimum sehingga 840 kilometer per jam.

Ini perkara yang anda perlu tahu mengenai pesawat Beechcraft Premier 1

Beechcraft Premier 1 merupakan sebuah pesawat ringan yang dihasilkan oleh divisyen Beechcraft daripada Hawker Beechcraft. Pesawat ini direka untuk bersaing dengan pesawat dari siri Cessna CitationJet.

Proses rekaan Premier 1 telah dimulakan pada awal 1994 di bawah nama PD-374 (PD mewakili Preliminary Design). Manakala, proses pembangunan pesawat pula dimulakan pada tahun berikutnya.

Pesawat Beechcraft Premier 1
Kredit: Global Air

Pesawat tersebut kemudian dilancarkan secara rasmi ketika Konvensyen Persatuan Penerbangan Perniagaan Kebangsaan pada September 1995.

Seterusnya, pembinaan prototaip pertama bagi pesawat ringan ini dimulakan pada lewat tahun 1996. Prototaip Premier 1 dilancarkan pada 19 Ogos 1998 dan penerbangan pertamanya pula pada 22 Disember 1998.

Empat prototaip telah digunakan dalam program ujian penerbangan dan telah menerima kelulusan daripada Federal Aviation Administration (FAA) pada 23 March 2001.

Menurut Aeropspace Technology, menjelang 1999, syarikat pengeluar sudahpun mendapat lebih daripada 200 tempahan untuk pesawat ini daripada pelanggan di 26 buah negara.

Kapal terbang ini memiliki ketinggian 4.7 meter dengan jarak lebar sayap ke sayap 13.6 meter. Panjang pesawat ini pula adalah 14 meter.

Di bahagian dalam pula, kabinnya berukuran 4.11 meter panjang, lebar 1.69 meter dan ketinggian 1.68 meter sekaligus menjadikan keluasan keseluruhan kabin ialah 8.9 meter padu

Pesawat Beechcraft Premier 1
Kredit: Global Air

Menurut Global Air, kapal terbang tersebut boleh memuatkan satu hingga dua kru dan membawa enam hingga tujuh orang penumpang.

Pesawat ini juga boleh mencapai altitud maksimum sehingga 41,000 kaki dengan berat pendaratan maksimum 11,600 pound atau 5,262 kilogram. Jarak penerbangan maksimumnya pula adalah sekitar 2,500 km.

Premier II dilancarkan pada 2008

Pada 2008, Hawker Beechcraft mengumumkan model seterusnya yang dikenali sebagai Premier II. Model tersebut dipasang dengan enjin baharu, Williams FJ44-3AP yang menyaksikan banyak penambahbaik berlaku.

Dengan enjin baharu, Premier II boleh mencapai altitud maksimum 45,000 kaki, jarak penerbangan adalah 2,780 km dan kelajuan maksimum 861 kmj.

BACA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Sumber: Global Air, Astro Awani , Aerospace Technology

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma